Selasa, 7 Ogos 2012

SK vs SJK(C) - Part 2

Salam Ramadhan dan SALAM 1 MALAYSIA

Errmmm.. Bosan ni sebenarnya... Nak tulis apa pun tak tau...
Tapi nak share la sikit pasal anak sulong ni... Dari 1 Ramadhan hari tu RIFQAH ni belum lagi tinggal puasa... Mengikut pengakuan dia la... Ummi tak confirm la 100%.. Budak-budak tahu je la... Kot-kot ada masa mandi minum air sekali ummi tak pasti la kan.. Tapi saya selalu remind dia.. "ummi tak nampak, tapi ALLAH nampak..."

Yang peliknya, masa sahur.. Hari pertama, makan nasi tapi ada la kot dua tiga suap... Pastu saya paksa dia makan kurma, scott emulsion dan minum milo setengah botol je pun... Kurma sebiji dan scott emulsion 15ml. Hari ketiga dah siap-siap cakap sebelum bangun, "Pekah nak makan kurma, scott emulsion ngan milo je..." Errmmm ikut je la, lapar kang ummi tak tahu...  Berbuka pulak makan sikit jer, kalau makan nasi pun separuh dari hari biasa.. Lepas berbuka, ajak dia solat maghrib, mengaji dan isya'. Lepas tu dia mintak milo, dan terus tido sampai sahur..

Hari ketiga puasa, dah sekolah. Ummi la rasanya orang yang paling risau... Kalau bulan tak puasa anak ummi dicop "suka tido dalam kelas" apatah lagi kalau bulan puasa kan? Nak demam jugak la dibuatnya.. Tapi ummi tetap berdoa anak ummi kuat semangat...

Masa jemput dia balik sekolah petang tu, soalan pertama ummi "puasa tak?" dan soalan kedua "tido tak dalam kelas?"

Jawapan anak ummi sungguh membanggakan... Jawapan pertama "puasa" dan jawapan kedua "tak..."
Alhamdulillah.. Ummi siap salam, ucap tahniah dan cium lagi... hehe nak bodek anak tu sebenarnya... psychology...

Ada lagi soalan nak test anak ni... "masa rehat tadi makan ape?"
Jawapan RIFQAH "mana ada makan, Pekah kan puasa.........."
Ooo ok.. Bagus bagus bagus....

Begitulah setiap hari sampai hari ke 17 ni...

Sebenarnya nak bagitau kat semua orang... "kurma dan scott emulsion tu kot yang bagus..." Sebelum ni bagi vitamin lain... Ada la, takyah mension la brand apa yer... Banyak jenis juga... Yang pasti saya nampak perbezaannya begitu ketara sekali... Scott emulsion tu yang botol besar tu tak sampai RM12 pun.. Saya bagi dia 2 kali, malam sebelum tido dan sahur... Tahan la seminggu lebih kalau adik-adik tak tumpang. Masa balik sekolah pun dia nampak ceria je... Bersungut sikit-sikit, tanya lambat lagi ke nak berbuka tu biasa la.. Sampai rumah, tukar baju terus hilang.. Pegi main sampai pukul 7 lebih baru balik.....

Ummi tengok dah ada juga peningkatan dalam pelajaran.. Ada juga bawa balik ayat-ayat baru... Sebutan pun dah sedap-sedap dah ummi dengar... Siap ajar ummi lagi nak sebut macam mana.. Pelan-pelan la nak....

Ummi bangga dengan anak ummi ni sebab kuat semangat.. Bukan apa, masa ummi nak buat keputusan, nak hantar anak ke sekolah Cina dulu ummi disogok dengan kata-kata pemusnah semangat seperti "hantar anak sekolah Cina nanti solat kemana, puasa pun kemana...." Ummi hantar sekolah Cina bukan ummi bangga dengan bangsa asing, tapi ummi nak anak-anak ummi buka minda belajar tentang bangsa asing dan kelebihan mereka.. Ummi bukan hantar belajar AGAMA BUDHA, KRISTIAN atau agama lain, tapi ummi hantar belajar Bahasa Cina (Mandarin). Disamping berpegang teguh dengan agama ISLAM... Pada ummi bangsa dan agama lain lebih banyak mempraktikkan apa yang disarankan dalam AL-quran berbanding orang MELAYU sendiri.. Cuma kepercayaan dan keimanan mereka kepada ALLAH yang Esa sahaja yang membezakan AGAMA yang dianuti. Contohnya dari segi pemakanan.. Orang Cina pun tak makan organ dalaman, sedangkan orang MELAYU berapa peratus je yang pantang organ dalaman tu...

Ummi jugak perhatikan berapa ramai anak-anak yang sebaya RIFQAH malah lebih besar, bersekolah kebangsaan dan agama, masih tidak berpuasa. Di pejabat ummi pun orang Cina respect orang Muslim yang berpuasa, mereka minta kebenaran dan say sorry untuk makan kalau tiada pilihan untuk makan di tempat lain. Sedangkan ada kes di awal bulan puasa, wanita Muslim makan di cafe beramai-ramai tanpa segan silu... Kita tidak boleh menilai dari segi nama, apa yang penting pendidikan Agama dan moral yang tegas perlu diterapkan dalam diri anak-anak.

Memang ini baru permulaan, tapi selalunya permulaan yang baik melambangkan pengakhiran yang baik juga, betul tak? Harap-harap la.... Ummi hanya mampu berdoa untuk anak-anak ummi... Pedulikan apa orang nak kata, yang penting kita tahu apa yang kita buat selagi tidak melanggar batas agama.
Sebenarnya banyak kelebihan yang kita tidak sedar.. Kita cuma nampak yang buruk je... Sebab kita masih berfikiran kuno... Kalau tak, takkan ada hadis meriwayatkan "Tuntut lah ilmu sampai ke negeri China..."

Semoga anak-anak ummi jadi anak yang soleh dan solehah.. Aamiin.....


Rabu, 1 Ogos 2012

KERABU PEGAGA DENGAN KERANG UMMIEXCLENT

SALAM RAMADHAN DAN SALAM 1 MALAYSIA

Semalam nekad nak try buat kerabu pegaga... Tak penah buat seumur hidup.. Makan pun tak penah kot, tapi teringin sebab saya mamang suka ulam-ulam dan kerabu-kerabu ni...

Tekak ni rindu masakan utara (menu arwah mak).. Nak buat dan ngidam punya pasal try la google... Tapi kebanyakkannya saya tengok tak ada letak serai... Ciplak la skit dan tambah serai sebab rasanya macam, kalau ada serai lagi sedap... Kerabu taugeh, kerabu pucuk paku, rasanya arwah mak buat dulu ada rasa serai... Padan la bila makan kat kedai macam, rasa ada yang tak kena.. Sebab tu nekad nak buat sendiri....


Resepinya...

BAHAN A
  1. Udang kering dalam satu sudu besar
  2. Ikan bilis secekak
  3. Nyok kukuq (kelapa parut) secawan
  4. Serai satu batang (nak bubuh dengan daun-daunya pun boleh kalau suka... :)
  5. Cili padi - kalau suka pedas boh la sekilo....
  6. Bawang merah 2 labu
  7. 1 sudu kerisik (masa letak kerisik ni la ayaq liuq macam nak menitik.... Sebab bau dia dah keluar)

Bahan A ni ditumbuk dan digoreng tanpa minyak... Supaya lambat basi... Ada jugak orang tak goreng dulu...

BAHAN B
  1. Daun pegaga 1 ikat bersihkan dan diracik sederhana.. Senang nak makan...
  2. Kerang direbus dan jangan lupa kopek dulu............
  3. Bawang besar diracik ikut suka la nak banyak mana...suku labu pun dah cun 
     
  4. Limau nipis dalam setengah biji... Diperah untuk dapatkan jusnya..
  5. Pak Aji (serbuk perasa - kalau nak cepat mati boh la sepeket.. Tak suka pun tak apa..)
  6. Gula satu sudu
  7. Garam secukup rasa
Campurkan bahan A dan B dan gaul dengan tangan kanan atau sudu pun boleh......
Jangan lupa selawat 3 kali supaya makanan yang dimakan lebih SEDAP rasanya....  

Bahan 1B boleh digantikan dengan taugeh, pucuk paku, daun selom, pucuk mengkudu, pucuk kaduk, jantung pisang rebus dan ulam-ulam yang seangkatan dengannya.

Bahan 2B pula boleh digantikan dengan perut, daging, sotong... atau tak dak pun tak apa sebab dah ada udang kering dan ikan billis.

SELAMAT MENCUBA!

Kalau dah try jangan lupa bagi komen kat sini yer..........
Nak survey sebab rasa macam nak buka restoren lepas ni... HEHE

Isnin, 30 Julai 2012

KESAN KENA GIGIT SEMUT API

SALAM RAMADHAN DAN SALAM 1 MALAYSIA

Lebih kurang pukul 7 petang... Rifqah dan Rifqi pergi ke taman kat bawah apartmen tu nak amik adik Rizqah... Bonda (pengasuh) ada kat taman, tunggu kat situ.... Dah jumpa buai, jongkang jongkit apa lagi... Sambil menyelam sambil minum air... Sempat lagi la lepas gian...

Tup tup si Rifqi terpijak sarang semut api... Habis la kaki dia kena serang......... Melalak-lalak balik rumah bagitau yang "Semut api gigit..........." Ummi pulak mana penah bagi muka... Macam kak Ros UPIN IPIN tu..."Ha pegi la lagi main kat taman tu maghrib-maghrib ni!!!" Suara agak dalam kawalan lagi... Ummi ni dalam proses baik pulih ni sebenarnya... Nak EXCELLENT je lepas ni... Kena control setiap gerak geri dan tindakan....

Bila dia terkeruk-keruk semacam jer.......... Kesian pulak tengok, saya sapu lah krim kat kaki.... Sekali tengok muka dah bengkak... Pelik pulak.. Kena gigit sampai ke kepala ke?? Rifqah cakap kat kaki je...

"Kan ummi dah cakap jangan main kat luar masa maghrib!!!" Saya tengok mata dia yang kecik tu semakin hilang... Kelopak mata semakin membesar... Macam apa ntah.. kelakar pun ada... Sempat lagi main-main kan dia...

Macam mana nak buat ni??... Saya pergi dapur tengok stok ubat... Ada ubat selsema jer.. Ubat demam tak der.. Bagi je la.. Ubat selsema untuk gatal kan?... Pandai la UMMIEXCLENT buat keputusan....

Dalam setengah jam dia pun tak keruan dah.. "Ummi tak tahan la...Gatal!!! Ni nak kena pegi klinik ni..."
Anak-anak saya memang suka pegi klinik... Kadang-kadang demam sikit pun nak pegi klinik.. Bukan apa, kat klinik tu ada coklat free kot, Dr bagi kat derang masa buat pemeriksaan....




Saya call la babanya.. "Ba, Iki ni kena gigit semut api kat taman tadi... Muka ngan badan semua bengkak..."
"k la .... tunggu kat bawah..." Laling I ni kan pemandu teksi... Layan anak bini dia pun macam customer dia jugak la...

Sampai kat klinik, semua orang pandang dan tegur dia... Jadi perhatian... Tapi memang dia selalu jadi perhatian sebab mata dia sepek... Pastu friendly.. Banyak cakap, tak takut orang... Dan selalu sangat sakit... Cuma Dr tu belum lagi iktiraf sebagai ANAK ANGKAT dia je... Cita-cita dia pun nak jadi Dr.. Insya Allah nak... Ummi doakan anak-anak ummi akan berkerjaya bagus-bagus nanti... Amin...

Dr cuma bagi ubat demam je, ngan ubat alahan kot.. Nak inject tak boleh sebab dah bagi ubat gatal tadi...

Mula-mula saya ingat ni penangan makhluk halus. Maklum la waktu maghrib macam tu kan... Kalau orang tua-tua selalu cakap, kalau kita pegi ganggu tempat dia mesti kena marah...

Tapi Dr cakap sengatan semut tu boleh merebak satu badan melalui darah... Sebab tu bengkak-bengkak sampai kepala...

Sekejap je lepas makan ubat dah steady dah anak bujang ummi ni... Alhamdulillahhh

Study Case - Nama, sifat dan sikap ANAK part 1

Salam RAMADHAN dan SALAM 1 Malaysia

Tetiba je dapat idea nak kongsi pasal penamaan anak-anak ni.. Saya study melalui kehidupan seharian dan serba sedikit pengetahuan yang ada.. Saja suka-suka...

Tak mau la dok bercerita pasal orang lain.. Tengok pada anak-anak sendiri saja la.. Yang baik kita kongsi, yang tak baik kita jadikan pengajaran...

Anak pertama, saya namakan RIFQAH AWLIYA.

RIFQAH amik dari rancangan RODA IMPIAN, pemenang KEDUA masa Halim Othman jadi host dulu tu.. tak ingat la siri ke berapa.. Tahun 2005 kot.. Macam jarang-jarang jumpa nama tu, saya suka sebab mula dengan huruf R. Nak sesuaikan dengan nama suami, RAZAK. Maksudnya tengok dari buku nama-nama anak ialah KELEMBUTAN.

AWLIYA pulak sebab nak tally dengan nama saya AZILAWATI.. combine RA la kononnya... Semua nama anak, nak pakai simbolik RA ni la. Saja suka-suka... Nampak simbolik dan bersistematik disamping bermaksud baik... Haha jangan marah aaaa.... AWLIYA tu bermaksud KEKASIH. Sebenarnya nama AWLIYA ni di bahagian nama anak LELAKI. Tapi saya rasa sebutan dan bunyinya sesuai dengan baby girl... Tak tau la ada kesalahan grammar ke tak dalam BAHASA ARAB... Hati dah berkenan main hentam kromo je la...

KELEMBUTAN KEKASIH... Bila sebut-sebut selalu rasa macam sesuai... Dan bermaksud... Maka saya nekad dengan nama tu... Ramai orang komen susah nak sebut dan ingat... Tambah-tambah orang tua... Ustaz-ustazah pun terseliuh lidah dibuatnya... Sampai ada yang cakap tak sesuai dengan anak, berat la.. tak boleh bawak la.. Selalu sakit-sakit dan macam-macam lagi.. Kakak ipar sampai nak panggil nama lain... Supaya senang disebut dan di ingat serta sesuai dengan diri dia... Entahlah... Tak tau la sejauh mana BETULNYA fakta ke auta tu... Tapi saya pernah juga dengar Ustaz Harun/Hassan Din ke cakap memang ada yang begitu... Kalau nama tak sesuai akan effect kepada diri penama tu...

Anyway.. Saya tetap dengan nama tu... Tapi dia bahasakan dirinya PEKAH pulak... Sebab pelat masa kecik... Terus lekat sampai sekarang PEKAH... Tapi saya selalu panggil nama penuh ketika kejutkan dia dari tidur... Bila memanggil dari jauh atau menyuruh dia melakukan sesuatu...

Alhamdulillah... Kalau dari usia sehari tu sampai berusia 3 tahun memang banyak tak kena dengan dia...
Sakit demam memang selalu..... Itu yang nak ditukar nama tu.. Saya ni ada jugak degilnya... Tak kuasa nak tukar-tukar.. Sekali aku melangkah tak akan aku patah balik... Cewahhhh............ Konon... Alhamdulillah sekarang dah sihat dan begitu lincah...

Sekarang dah darjah 1. 24 September 2012 genap usianya 7 tahun...
Dari pemerhatian saya dia ni dari segi luaran memang keras dan kasar.. Seperti namanya.. Orang yang namanya ada huruf Q bunyinya kan macam keras sikit... Tapi hatinya agak mudah dipujuk dan lembut.. Seperti maksudnya... SEMOGA ANAK UMMI AKAN EXCELLENT DUNIA DAN AKHIRAT...
Selainnya saya dalam proses mengenali. Biasalah kan... Manusia ni berubah-berubah.. Puas jugak belajar untuk phsyco ngan anak-anak ni.........
Nanti sambung lagi di part 2 kalau ada ilham... Ma'asalamah...........

hai... saya RIFQAH AWLIYA yang ummi saya kutuk-kutuk kat atas tu.......

MENU RAMADHAN 1 - AYAM GORENG UMMIEXCLENT

SALAM RAMADHAN dan salam 1 MALAYSIA

Saja nak share ngan peminat-peminat AYAM GORENG...

Sejarahnya begini....
Suatu hari saya puas pikir nak masak apa.. Ada ayam tapi tak tau nak jadikan menu apa? Ingat nak buat kari... Keluarkan ayam, serbuk kari, serbuk cili dan masih berfikir... Fikir pulak nak buat masak apa ntah.. Tak jadi buat kari ayam... Alaaaa.... Serbuk kari dan serbuk cili dah masuk dalam mangkuk... Macam mana ni... Tetiba je dapat idea nak buat ayam goreng berempah...

Campur je la serbuk cili ngan serbuk kari tadi dalam ayam tu.. Masuk garam sikit, kunyit sikit... Tepung sikit... Hajat hati nak masukkan tepung beras... Pastu goreng.... Jangan garing sangat tak best.. Nanti jadi keras....

Bila makan rasa macam sedapnyerrrrrrrr... Anak buah puji.. Anak-anak pun makan banyak... Suami pun cakap sedap... (bukan senang tau laling I nak puji...) Habis licin.... Sedap betol ni....
Masa tengah kemas-kemas dapur teringat, tepung tadi... Buka laci tengok.. Eh TEPUNG PULUT ler... Bukan tepung beras... Hahaha... Tak per SEDAPPPPP.......

Amik la resepi ni, kalau nak cuba... Pakai tepung pulut ni rangup dia tu tahan lama sikit... Kalau dah sejuk pun masih sedap.......

Penggemar-penggemar ayam goreng TRY la.............
Hari pertama puasa saya buat menu ni untuk jamu kakak dan keluarganya datang berbuka di rumah... Semua sibuk cakap sedap dan amik resepi.. Hehe... Kecoh je... padahal resepi kebetulan... Ambik la kat korang....

p/s: Kalau sedap tu dongak-dongak sikit kepala, jangan sampai tercekik tulang ayam pulak yer....
Nak tau sedap ke tak, cer tanya budak ketot ni... Dah tak dongak kepala dah tu....

 

Isnin, 23 Julai 2012

TIDAK PUAS HATI DENGAN SESEORANG

Salam Ramadhan dan SALAM 1 Malaysia

Dari petang semalam sampai pagi ni hati ni dok berkata-kata.. Pendek kata tak puas hati la ngan seseorang... Saya cuba untuk tidak menjadikan isu ini isu besar.. Tapi malangnya hati masih berkata-kata. Saya cuba untuk berzikir dan memujuk hati dengan perkara-perkara yang positif. Cuba untuk memaafkan.

Memaafkan orang yang menyakitkan hati kita... Errrmmm bunyi macam mudahkan? Tapi untuk melakukan itu kita perlukan kekuatan dari ALLAH... Selagi hati masih berkata-kata, rasanya selagi itulah saya tidak mampu untuk memaafkan...

"Ya Allah, aku perlukan kekuatan daripada MU.. Engkau maha mengetahui apa yang terlintas di hati ini.. Dan apa jua yang aku ingini... Andai aku di pihak yang benar, berilah aku kekuatan untuk bertahan. Andai aku di pihak yang  salah.. Berikan aku kekuatan untuk memperbaiki diriku sendiri...
Ya ALLAH, kirimkanlah hidayah padanya untuk sentiasa berada di landasanMU.... Sesungguhnya aku masih perlukan kekuatan dariMU untuk mengharungi semua ini...
Hapuskan segala rasa yang tidak baik dalam hatiku... Bersihkan jiwaku... Ku serahkan seluruh kehidupan kepadaMU.... Aamiin ya rabbala'lamin..."

Semoga ada keceriaan untuk kita yang dirundung duka hari ini.....

Selamat beramal....

Jumaat, 20 Julai 2012

Kesilapan itu GURU kita

Salam 1 Malaysia dan salam Ramadhan buat muslimin dan muslimat

Semalam tengok drama apa ntah ada sebut.. "Kesilapan itu guru kita...."
Dalam hidup ni siapa yang tak pernah buat silapkan? Kadang-kadang kita tak sedar pun apa yang kita buat tu adalah kesilapan... Sehingga ada orang menegur, memerli, mengutuk.. Baru kita tersedar... Ooo rupa-rupanya kita ada buat silap...

Itulah kelemahan kita sebagai MANUSIA... Hanya ALLAH sahaja yang tak pernah buat silap...
Makanya sebagai INSAN biasa yang bersifat tidak sempurna, sentiasalah kita menjadikan teguran dan kritikan orang sebagai sesuatu yang positif untuk kita memperbaiki diri kita menjadi lebih baik dari sebelumnya... Kalau kita sentiasa rasa diri kita BETUL.. Maka kita akan anggap teguran orang itu suatu yang memanaskan hati.. Bila hati kita panas, kita rasa nak marah.. Kita rasa meluat.. Menyampah dan akhirnya kita terperangkap dengan kelemahan kita sendiri.... Sentiasa lah edit diri kita untuk menjadi INSAN yang sempurna di sisi ALLAH... Wallahua'lam.....

Tulisan ini sekadar memperingati diri sendiri yang sentiasa lupa dan tak sedar tentang kesilapan...



Rabu, 11 Julai 2012

RAMADHAN DAH DEKAT... SYAWAL SEMAKIN HAMPIR

SALAM 1 MALAYSIA

Sedar tak sedar.. Lagi 9 hari nak puasa... Orang lain dah mula sibuk fikir baju raya, tema warna apa? Baju fesyen apa? Berapa helai untuk anak? Berapa pasang untuk mak? Tudung jenis apa? Kuih raya... Balang raya... Semua nak raya............

Apa pun, Alhamdulillah... Saya berjaya mengkadha puasa tahun lepas dan tahun sebelumnya. Tapi kesempurnaannya di sisi Allah... Hanya dia yang menilai..

Ntah la.. Setiap tahun pun macam ni jugak saya... Dekat-dekat nak raya baru kelam kabut pegi shopping baju raya, tudung raya, kasut raya... Tak biasa nak kelam kabut sebelum puasa.. Lagipun saya bukan jenis yang pentingkan brand and trend ni... Asal boleh je.... Kita hanya disunatkan memakai baju baru.. Bukan wajibpun... Yang penting balik kampung jumpa saudara mara... Masa ni la nak jumpa saudara mara pun.. Masa lain macam tak best sangat dan masing-masing ada tugas masing-masing... Tahun ni tahun kedua saya beraya tanpa ibu dan ayah... Ermmm... Hanya DIA yang tahu...

Dah jadi ibu kepada anak-anak yang lasak ni, apalagi yang nak difikirkan... Keriangan mereka lebih penting rasanya.. Tapi untuk anak-anak ni lagi la saya suka beli last minute... Tak menentu size diorang ni... Tapi tu la.. Nak kena spend masa yang sesuai untuk dapat yang memuaskan.
Selalunya main sambar je sambil-sambil kuar lunch ngan kawan-kawan office tu..

Kepala ni mula juga fikir nak masak apa untuk open house? Ade ke? Hahaha.. Mungkin ada la sikit-sikit untuk saudara mara. Kuih muih... Biasa pun jarang order banyak-banyak... Bukan berkira atau kedekut. Tapi memang tak ada budget untuk berlebih-lebihan.... Ala kadar je orang kata.... Mungkin itu lebih afdhal kot... Insya Allah.... Tahun ni nak try buat kuih gunting.. Kuih siput dan popia gulung nestum tu dah jadi menu wajib kalau rajin....

Tapi part yang sukar untuk diabaikan ialah ANGPAU. Kira setahun sekali bersedekah untuk sanak saudara tak salahkan? Malah dituntut.. Moga-moga rezeki kita semakin murah untuk hari-hari akan datang... Tahun ni pun macam tahun lepas jugak kot.. Rate sama je... Minima RM1, Maksima RM20... RM400 tak lari....

Simple and easy kan? Yang wajib perlu di dahulukan..... Tak perlu nak beriya-iya sampai terlupa kewajipan kita kepada Allah...
SELAMAT BERIBADAH
Wallahua'lam....



Khamis, 5 Julai 2012

RIFQAH AWLIYA nak berhenti minum dalam botol

Salam nisfu Syaaban dan SALAM 1 MALAYSIA

Kelmarin RIFQAH AWLIYA (puteri sulong) cakap
"ummi, malam ni Pekah nak minum milo dalam cawan. Pekah tak nak minum dalam botol...."
Agak terperanjat saya mendengarnya... Sejak bila pulak anak saya ni dapat hidayah?
"Ye ke? Betul ni? Kenape Pekah tak nak minum dalam botol lagi?"
"Sebab Pekah dah besar..." jawab puteri sulong saya dengan nada agak malu-malu sambil tersenyum simpul.
"Ok.. ummi nak tengok anak ummi minum milo dalam cawan.... Sampai bila-bila tau..." dalam hati saya penuh rasa bangga sebab anak dapat hidayah macam tu.. Bukan senang nak dengar offer macam tu... Dia janji hari tu nak berhenti minum dalam botol darjah dua... Ok kita lihat siapa yang kenaaaaa....

Keesokkan paginya saya kejutkan dia bangun seperti biasa untuk bersiap ke sekolah. Selalunya panggil nama RIFQAH AWLIYA dua tiga kali dia dah bangun menuju ke bilik air. Tapi hari tu macam berat je... Pastu dia cakap "Pekah tak nak pergi sekolah Cina hari ni... Pekah takut kena rotan..." dia bersuara dengan nada merayu.. Alamak, nak pujuk macam mana ni.. Suara saya nak tinggi je.. Tapi saya cuba control volume.. Pagi lagi... Apa aku nak jawab ni???

"Mana boleh, kalau tak pergi hari ni.. Esok kena juga. Kalau tak pergi esok, lusa kena jugak... Mana boleh lari.. Kalau tak boleh buat atau tak faham, Pekah kenalah tanya cikgu.... Kena rajin bertanya, jangan malu-malu." Mula dah kuliah subuh pagi-pagi ni....
Dengan muka sememeh dia pun masuk bilik air dan mula bersiap. Kesian dia... Tapi ummi tak suka anak ummi ponteng sekolah tanpa sebab...

Masa balik sekolah, saya tanya dia.. "Kena rotan tak hari ni?"
"Tak.. " jawab dia sambil tersenyum.
"Ha kan tak kena rotan... Kalau ponteng tadi dah rugi satu hari... Orang dah belajar banyak, Pekah tak datang... Dah tertinggal...." terror tak UMMIEXCLENT membebel?

Malam pulak masa kat dapur dia datang dekat saya dan buat ayat ni... "Ummi, boleh tak Pekah berenti minum dalam botol darjah dua nanti?"
"Aikkk... Tak jadi pulak?"
"Ha ah... Tadi kan Pekah cakap tak nak pergi sekolah tu kan.. Sebab Pekah mimpi... Tu la Pekah cakap tak nak pergi sekolah tu.."
"Apa kena mengena berhenti minum dalam botol, dengan mimpi kena rotan?" sampai hari ni saya TIDAK FAHAM....
RIFQAH AWLIYA ni kuat mimpi... Agaknya mimpi yang ngeri-ngeri tapi dia tak pandai nak explain macam mana.... Errmmmm... Apa-apa je la anak oiii....Janji kau bahagia....








SISTEM PENDIDIKAN SEKOLAH SEKARANG- dilema ibu bapa

Salam Nisfu Syaaban.... dan SALAM 1 Malaysia...

Masa breakfast tadi dok citer-citer ngan member.. Pasal anak sekolah.. Anak kitorang darjah satu... Anak sulong.. Kat office ni ramai jugak anak-anak sebaya. Masing-masing pengalaman pertama.

Kami agak sependapat. Dah 6 bulan anak masuk sekolah rendah... Tapi rasanya masa tadika dulu lagi nampak keberkesanan diorang belajar. Mungkin masa tadika, hantar Tadika BERBAYAR... Anak saya masa hujung tahun (umur 5 tahun) dah kenal huruf rumi dan jawi serta nombor. Dah boleh baca sikit... Saya tahu ada lagi anak-anak yang lebih cepat dari itu. Tapi saya agak berpuas hati dengan perkembangan anak saya.. Masa 6 tahun dia dah lancar membaca yang dua suku kata. Hujung tahunnya pulak dah boleh membaca dengan lancar. Alhamdulillah. Tapi kalau dibandingan dengan anak-anak yang belajar di SMART Reader, Kumon dan tadika-tadika yang lebih mahal.. Memang ketara perbezaan dari segi perkembangan mereka. Saya teringin sangat nak hantar anak ke Tadika seperti itu. Tapi saya tak mampu. Apa pun saya redho sajalah..

Pada saya sekarang terdapat sistem pengajaran yang begitu drastik. Smart Learning.. Kebanyakan diaplikasikan di TADIKA. Dengar-dengar program PERMATA ANAK NEGARA cetusan idea Datin Sri Rosmah Mansor pun pakai Sistem Smart Learning juga... Betul ke tak arr.. Agak je... Semua ni nak bagi anak-anak kita cepat berkembang. Kalau nak cerita pasal PERMATA ni saya tak ada pengalaman dan tak ada info. Tapi kalau SMART Reader tu ada la. Boleh dikatakan jauh berbeza dengan tadika biasa dan tadika KEMAS atau PERPADUAN. Apa yang saya nampak bezanya kerana harganya.
Ternyatalah nilai WANG ni memang tinggi... Adakalanya boleh beli Kehidupan walaupun bukan KEBAHAGIAN yang sejati.

Kalau nak anak-anak bijak dan cermerlang memang kena banyak berkorban dari segi kewangan... Kalau tidak kita akan ketinggalan di belakang... Bila difikirkan kembali, ianya tidak ADIL bagi golongan pertengahan dan golongan miskin. Golongan ini hanya berharap kepada PEMBERIAN ALLAH. Kalau sememangnya Allah mengurniakan kita anak yang PINTAR maka di mana jua dan dalam apa keadaan sekali pun mereka tetap PINTAR. Tapi tidak bagi anak-anak yang perlukan gilapan, dan penekanan yang lebih untuk jadi lebih cemerlang.

Hari ni nak tulis sikit rasa ketidakpuasan hati tentang PERSEKOLAHAN anak hari ni. Mintak maaf yer cikgu-cikgu kalau terasa... Atau boleh tinggal kan komen untuk menerangkan lebih mendalam tentang masalah cikgu-cikgu pulak... Boleh kita share... Bukan nak berdebat. Tapi kadang-kadang saya tak tahu dan tak faham masalah yang ada disebaliknya.

Untuk keluarga saya contohnya...
Puteri sulong... Bangun 6.30 pagi. Mandi, siap, sampai sekolah ngam-ngam pukul 7.30. Kadang-kadang lambat.. Sebab hubby saya kadang-kadang ada customer pagi-pagi ni.. Sesi pagi sekolah agama ada perhimpunan.. Tak kisah lah dari segi silibus, tapi dia akan ketinggalan la sesi membaca doa... Pukul 11 habis sesi sekolah agama, masuk kelas transit. Saya bayar ustazah untuk mengajar mengaji Al-Quran RM15 sebulan. Padahal tadi kat sekolah agama tu dah ada semua berkenaan agama. Feqah, Ibadah, Iqra', Fardhu Ain dan sebagainya. Secara logiknya tak perlu lagi kelas mengaji... Betul tak?.. Tapi saya tak nak berkira dalam hal agama ni. Sekadar yang mampu, saya cuba memberikan yang terbaik..

Lepas tu ustazah akan hantar ke sekolah kebangsaan. Mungkin sebab dia tak ada basic Mandarin, maka dia agak lambat untuk ikut pembelajaran di SJK(C). Sebab result hari tu untuk subjek BI, BM dan PI agak baik. Cuma subjek yang menggunakan bahasa Mandarin je yang nampak merosot. Sedikit sebanyak saya agak kecewa sebab cikgu complain anak saya suka tidur dalam kelas. Tapi saya nak buat apa lagi?... Tidur dalam pukul 10-10.30 malam. Bangun pun sengaja saya lewatkan sebab kesian.
Bukankah cikgu perlu memainkan peranan untuk menarik perhatian anak murid? Memang sesi petang agak mencabar. Kalau saya attend course pun jam 3 petang  memang mata tak larat angkat. Tapi kalau kena dengan facilitator yang bijak menarik perhatian kita, masalah mengantuk ni akan hilang dengan sendirinya.

Entah la.. Nak cakap macam mana.. Kalau saya skip sekolah agama, macam saya membelakangkan agama. Maka saya nekad nak teruskan sekolah agama. Sebab saya plan nak hantar aliran agama bila masuk menengah nanti...

Untuk darjah 1 ni saya tak nak hantar tuisyen lagi.. Sebab nak tengok dulu pencapaian dia macam mana. Test market la dulu konon... Tapi dah dapat jawapan dia memang perlukan extra Class untuk Mandarin.
Tapi keeadaan kewangan tak mengizinkan. Harap-harap tahun depan boleh la.. Insya Allah. Sekarang ni hanya bergantung kepada anak jiran sebelah rumah untuk bantu dia buat homework.

Lagi satu masalah, kalau hantar tuisyen macam terlalu padat jadual dia. Balik sekolah dah pukul 7 malam. Kalau tuisyen dalam pukul 8.30 sampai 10 malam. Nak hantar dan ambil lagi.. Pukul berapa nak makan, nak sembahyang... Nak tidur... Kesian budak... Saya pulak berkerja. Bila masa nak sediakan makanan.. Nak uruskan adik-adiknya, kemas dapur.. Basuh baju.. Nak monitor homework lagi... Nak solat maghrib... Ada kelas tuisyen yang agak menarik minat saya. Kelas 1 to 1. Memang cikgu akan concenrtrate kepada anak kita saja. Tapi harganya RM25 sejam. Memang ada yang menunjukkan kesan, jiran saya mengakui anaknya ada peningkatan dalam pelajaran... DUIT jugak kan???

Memang bunyi macam banyak alasan.. Tapi itu la hakikatnya. Kita hanya ada 24jam sehari. 7 hari seminggu.. Kadang-kadang rasa PENAT hantar pergi sekolah bila guru-guru menyalahkan ibu bapa yang tidak monitor anak buat homework dan latihan untuk meningkatkan prestasi mereka.

Bila saya tengok buku-buku dalam beg puteri sulong saya... Banyak kerja menyalin. Terutamanya di sekolah agama dan subjek bahasa. Padahal buku teks ada, buku aktiviti ada.. Masih menyalin.. Apa tujuannya? Mungkin untuk melatih anak-anak menulis... Tapi kalau asyik ketinggalan je menyalin dari papan hitam, berkesankah cara tu? Asyik menyalin tapi pemahaman diabaikan..... Tau tau pandai menulis tapi tak faham apa yang ditulis....

Cara saya pulak lebih suka membeli buku contoh soalan untuk anak buat pada masa terluang. Tapi kadang-kadang terjumpa jugak soalan-soalan yang terlalu tinggi tahapnya. Sehingga saya pun tak dapat nak menjawab apatah lagi nak menerangkan kepada anak supaya dia faham.
Sepatutnya standard pelajaran darjah 1 orang kata celah gigi je.. Insya Allah boleh tolong.. Tapi tidak untuk hari ini... Parent pulak kena attend kelas untuk monitor anak buat homework. DUIT lagi....

Sekian untuk hari ini... Sambung lagi bila ada idea nak diluahkan...


Rabu, 4 Julai 2012

TAHU TAK kenapa UMMIEXCLENT?

SALAM 1 MALAYSIA

 
Apa lagi nak share? Ok la.. Kita cerita pasal nama pulak yer...
Tentu ada yang tertanya-tanya kenapa saya beri nama UMMIEXCLENT?

Masa orang sibuk-sibuk berFB hari tu... Saya pun nak jugak join the club.. Dapat beli HP NOKIA yang boleh buka internet tu terus saya open account FB. Masa nak create nama tu saya bernekad tak nak guna nama sebenar. Sebab tak nak nanti kalau-kalau ada x-bf yang menjejak kasih pulak nanti.. Bahaya...

Masa tu puteri sulung saya masih di tadika. Kat tadika cikgu selalu guna ayat "anak-anak....... Cemerlang..."
Maka ayat tu jadi sebutan dia dan adik-adik di rumah. Saya pun suka dengan ayat tu sebab sekaligus kita mendoakan anak-anak kita jadi cemerlang...

Anak-anak panggil saya ummi. Nak letak ummi cemerlang.. Tak best.. Fikir punya fikir dapat la UMMI EXCELLENT. Pastu trend skarang kan semua nak shortcut... So tercipta la nama UMMIEXCLENT...

Jangan marahhh aaarr......... Saya bukan cemerlang pun dalam hidup.. Tak ada apa yang menarik pun tentang kejayaan saya dalam hidup. Hidup sederhana jer. Tapi jauh di sudut hati, nak anak-anak cemerlang di dunia dan akhirat... Doa-doakan lah... Semoga hidup saya semakin cemerlang dari hari ke hari...

AMIN...............


Hospital Kerajaan vs Hospital Swasta Episod 2

Salam 1 Malaysia

Anak kedua pulak, saya bersalin di Hospital Serdang. Check up kat Klinik Desa Sungai Ramal sebab dah pindah rumah sendiri kat Sungai Chua. Macam biasa pergi pukul 8 lebih, balik pukul 11 lebih.. Kadang-kadang pergi petang. Ambil time off 2jam pukul 3.30 dari office. Pukul 4 baru leh check up. Tapi kalau ada masalah tak boleh la jumpa Doktor, kena buat appoinment lain pulak... Ni yang leceh ni. Pastu muka nurse bertugas pun dah lemau, sebab pagi dah kerja keras.. Itu yang agak kurang selesa.. Diorang pun dan ingat rumah dah.. Nak balik la, dah pukul 5 petang.
Layanan dari nurse-nurse kat situ ok, mesra rakyat.. Ada pulak yang terlebih mesra, kisah rumah tangga, adik beradik pun nak cerita kat kita... Anak saudara gitu gini... Emak saudara begitu begini... Kan dah buang masa... Berderet lagi orang menunggu kat luar tu, nak layan dia punya cerita pulak... Lepas tulis kat buku patient salin pulak ke dalam buku klinik... Ermmmm... Banyak pulak kerjanya. Checknya sikit je pun... Menyalin pulak berjam-jam....

Saya nekad tak nak bersalin kat Hospital Kajang. Saya nak Hospital Serdang... Bila tanya nurse tu, dia cakap "kalau ikutkan kawasan memang kena pergi ke Kajang. Tapi kalau dah sakit nak beranak kat mana-mana pun pergi je la yang terdekat."
"Errmmm.. Betul jugak.... Kalau dah nak terkeluar kat Sungai Buloh takkan nak kejar balik Kajang jugak kan?"
Klinik Kerajaan ada sediakan kursus PENYUSUAN IBU secara percuma. Wajib hadir....
Sangat bagus bagi saya.
Bila kandungan dah mencecah 6-7 bulan, kita diberi jadual untuk  monitor gerak baby dari pukul 8 pagi sampai 8 malam. Kalau kurang dari 10 kali gerakkan bermakna ada masalah. Kena rujuk ke hospital. Tapi menurut kawan-kawan yang menggunakan khidmat Klinik atau hospital swasta... Diorang tak pernah buat jadual gerak baby ni.
Nurse akan ambil sejarah kehamilan kita untuk rujukan. Untuk anak ketiga saya kena jalani ujian gula dalam darah. Kena minum air gula sebab baby kedua berat 3.75kg. Wajib!
Mana ada orang suka buat ujian ni. Kena teguk air gula yang pekat dan manis melekat... Ada yang tak tahan akan muntah. Kalau muntah kena buat lagi... Jangan PUTUS ASA... Bila dapat result, kalau tinggi kenalah buat ujian gula dalam darah (BSP) setiap dua minggu, sehari 4 kali. Amik kau!
Dah tu jangan harap nak dapat MC dari doktor. Saya dah kena, ada yang doktor ok.. Ada yang tak ok. Nasib baik company cover unlimited medical cost. Boleh pergi klinik panel cakap la sakit belakang ke, pening ke... Dapat la MC. Tapi nak buat 2 minggu sekali tu.. Puas juga nak bagi jenis penyakit.. Ada ke patut MO kat hospital Kajang tu cakap buat BSP bukannya sakit.. Tak boleh bagi MC. Habis tu yang nak kena ulang 4 kali sehari tu, celah mana nak kerja celah mana nak buat test. Testnya 5 minit pun tak sampai.. Yang susahnya nak berulang ke klinik tu... Pukul 8-9 pagi,  12-1tgh hari, 4-5 petang dan 9-10 malam. Kalau office sebelah klinik tu tak pe la... Sekolah je tinggi tapi fikiran singkat. Tapi ada pilihan bagi ibu-ibu yang berkerja. Boleh beli sendiri alat test gula tu dan buat sendiri ikut jadual. Nanti submit je result ke klinik. Ringan sikit beban... Memang melecehkan.. Sebab tu la kena jaga makan semasa mengandung.. Tapi kalau dah nasib tak menyebelahi.. Apa kan daya... Redho je la....

Sampai masa, saya suruh suami hantar ke Hospital Serdang.. Nasib baik dah buka 3cm. Tapi tak ada la pulak persoalan tentang alamat ke apa... Tapi dapat Doktor, ya ampun.. Keret gila. Sebelum dia check saya, saya dengar dia membebel dengan patient yang lain.... Bukan main keret suaranya.. "Ni anak pertama ke? Tau tak tanda-tanda bersalin tu macam mana?"
Patient tu jawab "Keluar darah.."
"Keluar darah tak semestinya nak bersalin.. Ni saya check tak buka sikit pun lagi... Awak balik dulu... Tunggu sakit 5 minit sekali, baru datang..."
Mak aiii... "Kang sampai kat aku, apa pulak soalannya..."
Dalam hati saya "ye ke macam tu? Ada orang tak sakit terus keluar je.. Rasa nak berak je diorang cakap. Pergi masuk toilet terus keluar..."

Sampai turn saya "Sakit berapa kerap sekarang ni?" Tanya Doktor.. Rupa macam India, agak muda. Ntah pernah beranak ke tak, tak tahu la...
"Errmmm.. Dalam sepuluh minit sekali..."
Dia pun terus check... "dah buka 3 tiga, boleh masuk labour room."
Lega rasanya sebab tak banyak soal.. Memang anak kedua, tapi bukan ingat dan tahu sangat pun... Kang dapat soalan cepu emas kang... Sendiri mau ingat!
Hospital baru ni labour room besar. Selesa, jauh berbeza dengan hospital Kajang. Hubby boleh masuk temankan kita dalam labour room. Tapi dia akan dipanggil bila dekat-dekat nak bersalin jer.. Malangnya hubby saya keluar uruskan pendaftaran dan buat photocopy IC dan Kad pesara la pulak.. Dia sampai kat dewan bersalin anak dia dah keluar dah... Tak ada rezeki dia nak tengok saya meneran. Anak ketiga pun sama. Sempat keluar hantar customer lagi...

Dalam 3 jam, saya selamat melahirkan anak kedua. Alhamdulillah, semuanya selamat. Puas juga nak meneran, mana tak nya 3.75kg. Baby boy... Saya namakan RIFQI AMZAR bermaksud "kawan pendamping yang utama" pendek kata "best friend" la kot...

Saya ditempat di wad 3. Berbeza dari hospital Kajang. Wad 3 di sini 4 katil dan satu bilik air. Agak tenang dan tidak padat macam di Kajang. Bilik air ada air panas dan sejuk.. Agak selesa... Pagi-pagi dalam pukul 8 macam tu nurse akan panggil ibu-ibu bawa baby masing-masing ke bilik khas untuk mandikan baby. Haa.. macam tak patut pulak buat macam ni.. Ibu kan baru je bersalin.. Kena beratur ramai-ramai menunggu turn nak mandikan baby. Memang dimandikan oleh nurse yang bertugas. Tapi nak menunggu tu.. Bagi yang tak luka teruk tu ok la.. Tapi saya ni.. Rasa nak menangis pun ada..
Cuma ibu yang bersalin kot tingkap je di beri kelonggaran... Yang bersalin normal kena buat sendiri..

Tapi untuk anak ketiga tak pulak kena beratur macam tu masa nak mandikan baby.. Nurse datang ambil baby kat katil dan mandikan.. Lepas dah bersih, dia hantar balik ke katil tapi kena siapkan sendiri la...
Dari 4 katil satu bilik dah jadi 5 katil. Biasa lah rakyat Malaysia dah ramai.

Seperti hospital kerajaan yang lain, BOTOL SUSU memang kepantangan mereka. Mesti bagi SUSU IBU. Kalau boleh tahan telinga buat la.... Display la botol susu tu.. Air masak ke air apa ke.. Bagi pakai susu atau straw. Titiskan ke dalam mulut baby.. Jangan pandai-pandai nak mudah kan kerja sendiri. Nasib tak baik dapat nurse yang mulut longkang... Baru tau pahitnya hempedu...

Masa di wad, layanan lain tu kira ok la....Nasib juga kot dapat nurse yang ok etika kerjanya. Hospital baru, wad baru... Environment baru.. Nurse-nurse juga baru-baru.. Pendek kata semua ok. Cuma tak oknya hubby nak datang hantar barang kena datang waktu melawat sahaja. Kalau tak kena eskot dengan security untuk 5 minit jer... Kanak-kanak di bawah umur 12 tahun tak boleh melawat.. Ini yang sengsara ni. Memang la tujuannya bagus. Tak nak expose kanak-kanak dengan environment yang open dengan pelbagai jenis penyakit. Kanak-kanak mudah dijangkiti penyakit... Tapi macam mana pulak dengan kes macam saya. Kalau hari Ahad anak tak hantar nursery (CUTI). Saudara mara pun jauh.. Tak biasa tinggalkan dengan jiran... Kena la bawak sekali. Hubby nak letak anak kat mana, kat hospital tu bukannya ada satu tempat khas untuk child care atau nursery pun.. Kalau ada kemudahan tu kan lagi bagus... Harap-harap ada la suatu hari nanti.... Senang untuk kemudahan semua. Buat macam kat IKEA atau SOGO tu..

Kesimpulannya Hospital Kerajaan ni lebih kepada PREVENTATION. Berbanding kepada hospital Swasta. Mengikut pengalaman kawan-kawan, masa yang diperlukan untuk pregnancy checkup tak la lama berbanding kerajaan. Boleh pilih masa, malam dan hari Sabtu. Jimat cuti...

Tapi dari segi ketelitian, bagi saya klinik dan hospital kerajaan lebih detail. Supaya kita tidak terkena. Tapi swasta hanya membuat pemeriksaan asas sahaja. Apa-apa terjadi patient bayar. Lagi banyak khidmat mereka kita guna, lagi mereka suka... Sebab lagi banyak kos yang kita bayar. Kalau bersalin di kerajaan sebolehnya doktor nak kita bersalin normal sebab kos yang rendah. Tapi di swasta sikit-sikit nak operate...
Charge untuk consultation je dah berapa...

Tapi sememangnya berbeza antara BAYAR dan PERCUMA. Bagi saya... KEDUANYA ok.. Kalau mampu boleh je pergi swasta. Kalau tak mampu gunakan saja kemudahan yang kerajaan bagi..




Selasa, 3 Julai 2012

SK vs SJK(C) - Part 1

Salam 1 Malaysia

~Bila terbuka hati nak hantar anak sekolah Cina?
Masa tu tengah borak-borak dengan officemate. Pangkat adik-adik je... Ntah apa topik dok bersebang, tup-tup terkeluar bab hantar anak sekolah Cina.
Dia cakap, "elok kak, hantar anak sekolah Cina. Lain sistem dia.. Budak-budak pun masa depan lebih cerah..."
"Ye ker?" soal saya macam kurang yakin.

Tapi lepas ayat tu keluar dari mulut dia, macam kena santau pulak saya. Asyik teringat je kata-kata tu. Baca surat khabar pun asyik topik yang berkaitan je... Semakin ramai ibu bapa hantar anak ke sekolah Cina... Paling menguatkan semangat saya bila ada di kalangan ustaz ustazah yang menghantar anak ke sekolah Cina...

Dalam hati dan fikiran masih berbelah bagi. Tapi bila buat survey... Rupanya memang ramai, majoriti cakap banyak beza dan memang positif-positif belaka. Ada juga kawan-kawan hubby yang hantar anak-anak ke sekolah Cina. Maka hubby pun setuju dengan pendapat saya.
Puteri sulung umur 5 tahun, saya hantar Tadika Islam Swasta. Itu je tadika yang murah dan dekat dengan rumah. TADIKA ISLAM AL-FASIH Taman Sri Kenari Sungai Ramal. Dua tahun di situ agak ok la. Boleh baca RUMI (BM) dan JAWI sikit-sikit. Iqra' pun dah lancar. Alhamdulillah.. Tapi BI kurang sikit. Sebab silibus dalam BM. Nak jugak hantar anak belajar kat Tadika yang Base On English or Mandarin. Tapi mahal la, saya tak mampu. Lagipun hantar ke Tadika Islam sebab nak dia expose tentang Islam, sedikit sebanyak dapat tahu HALAL dan HARAM pun dah kira ok. Perkara yang selalu saya cakap, pasal makan.
Macam mana ek, nak terang kan kepada anak-anak seusia itu tentang HALAL HARAM makanan ni?

Nak senang kerja, saya cakap dia "makanan dan minuman yang dibeli (jajan-jajan) yang tak ada tulis HALAL tu tak boleh makan. Itu Cina punya... Orang Cina punya makanan, Tak HALAL. Orang Islam tak boleh makan." 
"Sebab apa?" 
"Ermmm... Sebab ada B***"
Ntah la relevan ke tak jawapan tu.. Nak terang lebih lanjut saya pun kurang mahir.
"Cuba tengok kat plastik, botol, bungkusan makanan atau minuman tu.. Ada tak tulis HALAL? Kalau tak ada, tak boleh makan la.. Nak nak kalau ada tulisan Cina semuanya..."
Betul ke jawapan saya tu???
Tapi agak berkesan.. Dia dah paham sedikit sebanyak dan elert jugak dengan keterangan saya tu...
Suatu hari kat warung makan tepi jalan.. Dia nak minum air kotak. Saya belikan la dia air kotak DELITE.

Tup tup dia perasan ada tulisan cina "ayokkkk... air cina..."
Tersentap kejap saya ngan hubby... "ha tu la.. sapa suruh nak air ni tadi?"
Saya pun cuba la mencari jalan untuk cover line... Dah minum setengah kotak baru perasan banyak tulisan Cina... Nasib baik jenama agak terkenal... "Cuba tengok ada tulis halal tak?"
Nasib baik ada..
Bagi saya ok jugak la bagi dia expose tentang agama sebelum dia masuk SJK(C) nanti.

Dalam hati ni risau jugak nak hantar anak ke SJK(C). Sebab pertama, tentang makan minum dia. Kedua sebab dia tak ada basic Mandarin. Tapi saya tawakal je. Bila dapat tau sesiapa yang ada hantar anak ke SJK(C) saya akan berborak la sikit-sikit untuk mendapatkan pandangan dan semangat.

Masa nak cari transport untuk ke sekolah hujung tahun lepas, saya bersyukur sangat, sebab Allah takdirkan saya mendaftar di Sekolah Rendah Agama yang ada kemudahan Transit berserta Pengangkutan. Bila saya cakap anak saya sekolah di SJK(C), ustazah yang menguruskan penghantaran murid ke sekolah tu cakap, "Tak jadi masalah... Anak saya pun sekolah yang sama..."
Alhamdulillah... Saya lega dan rasa hilang satu beban. Bukan apa saya takut harga tambang berbeza dan tiada penghantaran ke sekolah anak saya. Takut bajet kena lebih. Sebab majoriti kat situ semua sekolah kebangsaan.
Saya pun bertanya kepada ustazah tu "macam mana anak ustazah, makan dia, pelajaran dia.. Ok ke?"
"Anak saya pun tak ada basic Mandarin. Mula-mula susah jugak la nak sesuaikan diri.. Tapi lama-lama dia faham je cikgu dia cakap apa.... Makan kena bawak bekal la.." jawab ustazah Norhasidah.
"Ustazah ada hantar tuisyen?"
"Ada, sebelah malam.."
Baru ada sedikit semangat saya.

Satu yang saya pegang sebagai semangat.. Kalau hantar anak ke sekolah kebangsaan.. Walaupun boleh belajar bahasa seperti English dan Arab... Tapi belum tentu sampai habis sekolah anak saya boleh bercakap dalam bahasa tu dengan lancar. Tapi kebanyakan anak-anak yang bersekolah di SJK(C) kebanyakkannya mampu memahami bahasa Mandarin dengan baik walaupun hanya 6 tahun belajar di situ. Sebabnya semua matapelajaran di ajar dalam bahasa Mandarin kecuali Pendidikan Islam dan Bahasa Malaysia.

Contoh paling nyata, cuba kita lihat pendatang asing terutamanya dari Vietnam, Nepal dan Bangladesh. Mereka juga datang ke Malaysia tanpa basic bahasa Malaysia mahupun English. Tapi masih boleh berkerja di Malaysia sampai berpuluh-puluh tahun. Itu kekuatan yang saya ada. Kawan-kawan dan saudara mara ada yang tidak setuju dengan keputusan saya. Mereka memberikan respon yang negatif kepada saya.
Kakak ipar saya pernah cakap, "Nanti hantar anak sekolah agama, puasa ke mana, solat ke mana....."
Bagi saya sekolah Pondok belajar hafal al-Quran pun belum tentu solat dan puasanya sempurna... Dan berapa ramai pulak yang bersekolah Agama, jadi tak tentu arah?... Semua itu atas diri anak-anak kita. Insya Allah saya akan titik beratkan soal agama... 

Ada pulak kawan-kawan mempersoalkan tentang susahnya belajar di SJK(C). Pada saya memang merisaukan. Tapi kalau saya fikir negatif.. Anak saya tak kan sampai ke mana... Saya hanya mampu tawakal.
Bila hari pendaftaran di SJK(C) awal tahun hari tu.. Saya dapati ramai parent Melayu hantar anak ke situ. Bahkan ada parent India dan indonesia sekali. Agak terperanjat. Tapi hakikatnya orang India juga berminat dengan sistem pembelajaran Cina ni. Mesti ada yang menarik... Ada yang dah lama, dari anak sulung. Komen mereka positif. Ada yang nampak perbezaannya. Mereka cakap banyak perbezaan dari segi disiplin dan kerja sekolah... Itu lah semangat saya..  Bila anak-anak saya bercampur dengan pelbagai bangsa, maka dia akan terbiasa dengan pelbagai bahasa. Insya Allah... Saya akan terus bagi sokongan kepada anak saya semampunya...
Ummi doakan anak ummi berjaya dunia dan akhirat.........Amin




  
  



Isnin, 2 Julai 2012

Hospital Kerajaan vs Hospital Swasta Episod 1

Salam 1 Malaysia

Hari ni rasa nak share pulak pasal hospital... Tak tau nak share apa, tapi topik ni pun ok jugak kan?

Saya ni keja Bank. Bank cover medical cost untuk staff unlimited sampai besara. Untuk children and spouse cuma ada RM1,400 je setahun. Tapi dapat agreement baru tahun lepas children and spouse ada extra benefit RM25,000 setahun untuk hospitalisation.. Alhamdulillah..
Tapi satu je tak best sebab penyakit buat sendiri tak cover... Huhu.. Nak bersalin dan perkara-perkara seangkatan dengannya kenalah bayar sendiri... Sendiri mau ingat la.....

Tapi saya tetap berada dalam kategori beruntung.. Syukur... Alhamdulillah. Hubby bekas tentera dan dia ada kad tentera yang boleh dapat perkhidmatan percuma di hospital kerajaan. So, untuk kes ni kitorang serbu la hospital kerajaan... Free maaa....
Free punya pasal kena la redha dengan perkhidmatan yang diberikan.

Anak pertama, saya bersalin di hospital Kajang. Masa tu hospital Serdang baru dibina, belum buka untuk awam. Disebabkan hospital Kajang tu hospital lama saya rasa macam tak nak pegi situ. Ditambah lagi dengan cerita-cerita orang. So nak lari la dari pergi situ saya cuba daftar di Putrajaya. Nak buka buku merah tu saya pergi la KK Putrajaya, guna alamat kakak di Presint 16. Tak tahu pulak diorang punya prosedur macam mana. Bila nurse tu tanya saya, saya cakap tumpang rumah kakak. Tup-tup dia call kakak saya jam tu jugak untuk buat confirmation. Alamakkkksssss!!! Saya belum kautim lagi dengan kakak. Yang kakak aku pun, jujur.... Dia cakap "tu adik saya, tinggal kat Bandar Baru Bangi..." Huwaaaaaaaaaaaaaaaa......
Dengan muka ala-ala malu, terpaksa la tebalkan muka dan akur dengan syarat mereka.. "Puan kena daftar di KK BB Bangi. Alamat Puan kat sana, di sini untuk orang PUTRAJAYA sahaja...."

Ermmmm... apa nak buat... Maka saya pun terpaksa la berulang alik ke KK BB Bangi sehingga saat terakhir untuk melahirkan anak pertama. Air ketuban kurang pulak... Dapat detect sebab berat tak naik.. Makan macam biasa tapi berat maintain.. KK BBB refer ke hospital Kajang. Bila dah buat scan dapat tahu air ketuban kurang. So disuruh admit dan paksa bersalin..

Masa kat klinik pakar (hospital Kajang). Sungguh mencabar tahap kesabaran.. Almaklumlah hospital lama. Errmmmm... "Kalau saya ada duit memang saya tak nak datang sini"
Seperti biasa, proses untuk mendapatkan khidmat di situ, register, ambil nombor, timbang berat, check air kencing, jumpa doktor, scan, dapat result.. semua tu tak kurang dari 4 jam. Kalau nak cepat datang awal dapat nombor 1... Boleh la balik awal kot..

Paling menyentuh perasaan bila nampak kakitangan penjara dua tiga orang mengheret ibu-ibu mengandung dari penjara.. Kesian.. Apa la salah diorang ni kan? Hati saya sentiasa tertanya-tanya.. Nak bergerak kena eskot. Macam nak berborak je ngan diorang ni... Tapi buat apa nak menyibuk... Uruskan hal sendiri dulu...

Masuk wad pulak...  First time ni masuk wad seumur hidup.... Macam mana la agaknya?... Check lagi.. Nasib agak baik hubby request 2nd class, itupun kira bertuah sebab masih ada katil kosong. Kalau tak kena dok 3rd class... Waduh.. waduhhh... katilnya rapat bangat.. Langsir pun ngak ada... Gawat... Gawat.... 2nd class 4 katil 1 bilik + bilik air. Sempat rasa juga 3rd class sekejap sebelum di tranfer ke 2nd class. TV tak ada, bangun tido, bangun tido la kat katil tu.

Hari pertama dimasukkan ubat untuk mempercepatkan sakit bersalin.. Apa nama ubat tu ek? Ntah la induse ke? Tak ingat la, macam panadol tu tapi masuk kat bawah tu la.. Esok pagi check ada buka 3cm. Nurse book la labour room. Tapi subuh-subuh hari tu ada sorang kakak tu dah pecah air ketuban. Dia  tekan bell tak ada sorang pun nurse yang datang. Saya tengok dia cemas, tilam dah basah.. Saya tolong jugak tekan bell.. Kot-kot bell dia rosak. Sama jugak tak ada orang datang. Dengan memboyot-boyot terpaksalah saya bergegas ke kaunter. Ermmm tido rupanya.. Letih betul kerja nurse ni..

Disebabkan kakak tu dah sampai masa nak bersalin, turn saya masuk labour room dilambat sedikit. Sepatutnya pagi tu dah masuk labour room, tapi jadi lambat sebab ada case yang perlu disegerakan maka turn saya terpaksa dilewatkan... Petang baru dapat masuk labour room. Berjalan dari 2nd class tu diiringi seorang nurse. Kalau kat swasta disorong dengan wheelchair kot.. betul tak?

Masuk labour room pulak... Errmmmmm... Macam ni ke labour room???. Macam fitting room kat pasaraya tu... tarik langsir je. Bilik pulak muat-muat katil single tengah-tengah tu. Kiri kanan tu ada la space sikit untuk nurse dan doktor nanti...

Yang attend saya tu pulak jururawat pelatih. Saya tengah menahan kesakitan diorang pulak diberikan keterangan begitu begini.. Memang dengar la segala butir penerangan dari mereka. Jeritan jiran sebelah pun dengar.. Nak pulak ada aci sebelah tu... Hadoiii... Nasib baik lagi masa tu dah tak ramai orang. Kurang sikit stress saya.

Malas nak fikir yang bukan-bukan saya baca je doa dan zikir. "Laila hailla anta subhanakainni kuntum minazzolimin..." Baca ayat kursi, seribu dinar dan apa juga doa yang terlintas di kepala.. Alhamdulillah dalam 7 jam jugak bertarung nyawa dalam tu. Baru kutahu rasanya.. Trauma juga sebulan dua... Tapi bila teringatkan rezeki Allah lupa la sekejap trauma tu...

Balik rumah, hubby hantar ke rumah kakak dia di Seremban. Prosedur lepas bersalin pulak kena bawak buku merah tu pergi Klinik Kesihatan atau Klinik Desa terdekat. So hubby pergi daftar di KK kat rumah kakak ipar saya tu. Keesokkannya nurse dari klinik kesihatan datang melawat. Check baby kuning ke tidak, check ibu, sihat ke tidak. Ada masalah ke kat tempat jahit tu.. Tekanan darah ok ke tak.. Bla bla bla.... Kat sini saya bagi kredit.. 5 bintang sebab Nurse datang rumah. Perkhidmatan percuma. Untuk 3 hari. Kalau ada masalah dengan baby atau ibu, kena rujuk hospital. Tapi alhamdulillah, segalanya berjalan lancar tanpa sebarang masalah.

Perkhidmatan jururawat melawat ke rumah ni tak ada kalau kita bersalin di hospital swasta, setahu saya la... Kita monitor sendiri di rumah dan kalau ada masalah baru kita bawa terus ke hospital. Setahu saya untuk bersalin di hospital swasta, bermula dari 1st pregnancy checkup sampai bersalin, kos untuk satu temujanji tidak kurang dari RM100. Kos bersalin pulak kenalah standby busuk-busuk pun RM3,000. Itupun untuk yang tidal bermasalah. Bersalin normal dan anak sihat. Tapi kalau pergi kerajaan, free. Kecuali kalau masuk wad kena bayar untuk bukan kakitangan kerajaan dalam RM5 (pendaftaran) dan kos rawatan dan makan murah je.. Kelas 3 belas-belas ringgit je mengikut kes... Kurang pasti sebab saya dapat perkidmatan percuma.

Tapi kita dapat rasakan perbezaan dari segi layanannya. Apapun bergantung kepada nasib juga, kalau kita masuk wad kelas 3, agak kurang sikit layanannya. Maklumlah orang kelas tiga ni selalunya tak berduit, tak berpangkat... Kalau kelas satu dan dua agak berduit dan berpangkat. Maka layanan diberi perlu ditapis dan jurang perbezaannya tetap ada.... Adat dunia...

To be continue....


















Jumaat, 29 Jun 2012

ANAK CIRIT BIRIT DAN MUNTAH-MUNTAH

Salam 1 Malaysia

Masa tu baru lepas dapat bonus hujung tahun. Saya ajak suami balik kampung. Di samping dapat ziarah mak, saya berhajat nak belanja abang-abang dan keluarga. Saya ajak abang pergi beli seafood fresh dari kuala. Dapat beli ikan siakap, sotong, udang, dan mentarang..

Mentarang????.. ni ha rupanya... Orang kuala sebelah pantai barat je yang kenal benda alah ni selalunya...
Mentarang

Mentarang ni kena cari dalam lumpur. Sebelah Pantai Barat ke Utara Semenanjung Malaysia, terutamanya di Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor sahaja yang ada makhluk ni. Isinya manis macam kepah.. Tapi rupanya agak pelik sikit.. Enak di bakar, masak air, masak kicap... Ada pulak yang menjerukkannya.. Nama glamour kat kampung saya KENAS. Pelikkan?? Tapi saya suka.... Saya suka...

Berbalik kepada cerita makan-makan tadi....
Lepas puas makan ramai-ramai... Semua kekenyangan.. Alhamdulillah..... Bila la boleh buat lagi?.... Insya Allah ada rezeki, kita buat lagi ye adik beradik ku sayang....

Keesokkan harinya, puteri sulung saya muntah-muntah.. Cirit birit.. Badan agak panas... Aduh.. Baru plan nak pegi mandi kat Gua Kelam. Nak naik trem.. Keretapi masuk dalam gua... Excited sangat.. Sebab baru tahu ada keretapi masuk gua... Anak-anak pulak memang suka la kalau dapat naik keretapi tu...

Malangnya hajat tak kesampaian... Terpaksa bawak puteri sulung ke klinik. Puas pulak pusing Kangar cari klinik panel ING. Call kawan-kawan, call ING.. Ada satu klinik tu tapi hari Ahad tutup la pulak... Hampeh.. Last decision terpaksa la bawak ke bahagian kecemasan kat HTF tu. RIFQAH AWLIYA pun dah lembek nampak gayanya.. Kesian anak ummi. Tak tahan kot perut dia dengan seafood ni.. Ntah apa dia makan semalam pun saya tak perasan.

Sampai kat hospital, masa nak turun kereta... RIFQI AMZAR pulak tersepit jari kat pintu kereta. Kakak tutup pintu, tak perasan jari adik kat situ.. Kebiasaannya anak-anak saya kalau jatuh, terhantuk, tersepit... atau seangkatan dengannya... Hembus sikit dan cakap FUANGGG! Gosok-gosok sikit.. Taruk minyak gamat ke, minyak angin ke... Baik la.. Tapi kali ni, dah banyak kali FUANGGG tak berenti jugak melalak.. Dah kebetulan kat bahagian kecemasan terus daftar nama sekali dengan kakak..

Lepas check kakak, check adik pulak.. Sebabkan jari budak kecik, kena la buat xray... Sebab melalak makin kuat... Alhamdulillah tak ada apa-apa...

Balik dari hospital, suami terus ajak balik KL. Dah hilang mood nak bercuti sebab anak-anak tak sihat. Dalam perjalanan, kejap-kejap ada pewangi baru muncul dalam kereta. Kejap-kejap muntah.. Kejap-kejap tukar spentol.. Pakaikan lampin adik... Bertahan la sampai rumah kat Kajang...

Balik rumah RIFQI AMZAR pulak sambung.. Demam, muntah-muntah, cirit birit... HADOIIII...
Dah cengkung anak-anak saya. Tapi kakak macam dah kurang sikit. Bawak lagi pergi hospital Serdang... Masa tu tak ada lagi PRUDENTIAL insuran. Saya ambil TAKAFUL MALAYSIA masa tu.. RIFQI AMZAR kena admit. Kakak boleh balik.

Masa di wad doktor suggest minum 100+ atau yakult atau vitagen. Kata doktor minuman tu boleh cuci usus. Selain dimasukkan air, doktor suruh bagi minuman tadi dan stop susu. Alhamdulillah... Semakin beransur pulih.. Nak dijadikan cerita, saya yang jahil ni bagi pulak budak kecik tu minum Anlene dua tiga kotak.. Bukan apa, doktor cakap kalau dia nak makan, bagi je.. Dah itu yang dia nak minum.. Saya bagi la... Masa nurse mintak list pemakanan RIFQI AMZAR hari tu, saya bagi la dengan bangganya.. Saya tulis dengan jujur dan tulus ikhlas apa yang dia makan hari tu.. Susu anlene 2 kotak.. Vitagen 1/2 botol... Bla.. Bla....

"Ibu bagi susu anlene kat anak, bu?" soal nurse....
"erkkk.. Kenape? Tak boleh ke?" tanya saya balik...
"mana boleh bu, susu tu untuk orang dewasa. Budak-budak tak sesuai.. Sebab tu dia cirit tak baik-baik....."
kuang kuang kuang.... "mana saya tahu.........." jawab saya dengan rasa malu pun ada, ralat pun ada, kelakar pun ada.. Macam mana saya tak pernah tahu perkara tu??... Memang betul pun, mana ada anlene keluarkan produk untuk kanak-kanak. Semua untuk dewasa.

Keesokannya cirit birit pun dah berhenti, makan pun dah selera.. Semua dah ok so boleh balik. Dekat seminggu jugak dok bercuti kat hospital Serdang tu... Kalau saya tak jahil, mesti boleh balik cepat....

Moral of the story..
  1. Nak bagi susu/minuman kepada anak tengok dulu kesesuaiannya untuk kanak-kanak... Jangan main bedal je...
  2. 100+, yakult dan vitagen elok untuk cuci usus... Tentu semua orang biasa kan kalau kena cirit birit, doktor akan bagi air garam.. Air garam tu untuk bagi tenaga kepada pesakit yang kehilangan tenaga akibat muntah-muntah dan cirit birit. Dalam 100+, yakult dan Vitagen ada kandungan garam yang diperlukan oleh badan kita. So, kalau air garam doktor bagi tu tak sedap, gantikan la dengan minuman tadi tu... Mula-mula mungkin cirit birit tu akan jadi semakin kerap dan banyak. Tapi itulah proses pemulihan. Bila proses tu berlaku, kuman-kuman akan keluar dari dalam badan. Kalau banyak keluar, maka cepat la kita sembuh...
Kita selalu dengar orang pesan kalau demam, batuk, denggi... Tak sihat.. Kena minum air masak banyak-banyak... Bila kita minum banyak, kita akan buang air kecil. Air kencing yang kita buang tu la, proses terbaik untuk keluarkan kuman dari dalam badan kita....

Itu la pengalaman sebagai seorang ibu.. Kalau tak lalu semua ini pasti tak ada ilmu yang kita dapat... Sedikit sebanyak itu lah pengalaman yang saya ingin kongsikan bersama...

Selamat mencuba!!!.....








Khamis, 28 Jun 2012

KLINIK WANGSA - DR NADIR KHAN

Salam 1 Malaysia

Cerita ni kesinambungan dari cerita anak ketiga saya dalam post SEDIAKAN PAYUNG SEBELUM HUJAN tu..
Selepas dua kali dimasukkan ke wad (Hospital Kajang), anak saya masih tak sembuh dari batuk, selsema dan demam. Terpaksa amik cuti panjang melayan anak yang tak sihat ni... Masa tu keadaan kewangan agak REDUP. Nak beli LUMIGLOW tak mampu. Terpaksa la ikhtiar cara lain.

Kebetulan pulak ada kawan office recommend suruh try pergi ke KLINIK WANGSA di WANGSA MAJU jumpa DR NADIR KHAN. Dari cerita kawan-kawan tu agak menarik juga dan saya cuba la untuk anak tersayang.

Masa tu hari Ahad. Saya cuba call klinik tanya Dr mana yang bertugas hari tu? Pembantu klinik tu jawab "Dr Nadir, tapi sampai pukul 1 tengah hari je. Lepas tu dia cuti panjang."
Kebetulan masa tu dekat dengan cuti CNY. Mau tak mau saya terpaksa juga ajak suami pergi hari tu jugak. Kalau tak, tak sempat la nak jumpa Dr tu.

Saya sampai di klinik tu dah dekat pukul 1. Ada lagi patient sedang menunggu. Tapi saya tunggu tak lama, dalam 5 minit nama anak saya dipanggil. Dr Nadir sendiri yang panggil, lagaknya macam rushing... Maklumlah nak bercuti panjang. Sempat lagi dia bagitau nak ikut konvoi motor besar pergi Vietnam... Wahhhh...Very frendly la Dr ni...

Dia tanya apa masalah anak saya? Saya pun bagi tau lah, baru keluar wad semalam. Tapi masih ada batuk, macam semput... Demam pun ada sikit. Dr Nadir pun check la anak saya tu macam biasa, sambil membebel... "saya ni kalau budak bawah 6 tahun, saya tak bagi ubat batuk dan ubat-ubat yang boleh bagi kesan mengantuk. Saya sorang je Dr yang berpendapat macam ni.. Dr lain semua tak setuju...."
Saya hanya mampu mengangguk je..
"Ubat batuk ni hanya boleh melegakan batuk. Tapi kuman dalam badan tu tak keluar, sebab tu batuk dan  demam tu datang balik..." dalam hati aku... "Logik jugak...."
"Kalau saya, memang saya PANTANG ubat batuk dan ubat selsema. Yang lain saya tak pantang.. Kamu nak makan ais krim ke, buah ke... Saya tak larang... Tapi jangan makan ubat yang mengantuk..." sambung dia dengan nada yang agak keras.
"jom ikut saya...." dia bangun menuju ke bilik untuk bagi Nebulizer.. Saya ni masih belum biasa kat klinik tu.. Bangun pun terkial-kial. Dr tu siap tolong angkat handbag saya sekali... Memang cekap sungguh Dr ni... Ke dok ingat nak pergi konvoi???

Dia tunjuk macam mana nak bagi neb, sambil bagi keterangan. Begitu.. begini.... Satu ayat yang paling saya tak boleh lupa... "Jangan sayang cincin tu... pengang macam ni...."
Hampeh tui Dr ni... Cincin aku pulak jadi sasaran dia...

Sambil saya tunggu kat bilik tu dia pergi layan patient lain pulak... Betul-betul cekap Dr ni....

Bila dah cukup masa bagi neb tu, dia panggil saya ke bilik dia semula. Dia ajar pulak cara nak buat phisio kat anak. Tepuk tang sana, tepuk tang sini...  Hehe.. Tak tau nak ajar kat sini.. Kalau nak belajar boleh tengok google atau pergi la jumpa Dr Nadir sendiri yer..

Lepas dah selesai, dia bagitau.. "saya bagi ubat ni untuk cair kahak. Kalau dia batuk, biarkan sampai dia muntah... Tepuk badan dia macam saya ajar tadi.. Wap kan muka dia dengan air panas.. Taruk air dalam rice cooker, panaskan... Pangku anak macam ni (sambil tunjuk demo), supaya kahak tu cepat cair... Bla.... bla............"
"Biarkan dia muntah, sebab kalau muntah akan keluar semua kuman dalam badan dia.. Bila kuman tak ada, baik lah nanti..."
Oooo macam tu rupanya.......... Balik rumah saya ikut je cakap Dr tu.. Memang berkesan. Anak saya sembuh seperti sedia kala. Dan sampai hari ni, tak kena lagi pakai neb macam dulu....

Teknik menepuk tu pun saya buat kalau anak-anak yang lain diserang batuk berkahak.

Kalau ada sape-sape nak cuba boleh la call no ni untuk appoinment...

03-4142 1614
DR NADIR KHAN
KLINIK WANGSA
No 46 Jln 2A/27A
Section 1
Bdr Wangsa Maju
53300 Kuala Lumpur

RED GUARA CAFE BAIK UNTUK GASTRIK

Salam 1 Malaysia

Dah tak lama lagi kita nak menyambut RAMADHAN. Jom kongsi sedikit pengalaman saya bagi sesiapa yang mempunyai masalah GASTRIK.

Sejak dari sekolah menengah, saya tak suka bangun sahur. Terbawa-bawa la sampai kerja. Masa bujang tu lagi la malas nak bangun sahur. Makan masa berbuka dan sebelum tidur dalam pukul 11 lebih lepas tu tidur sampai pagi. Kalau rajin bangun la minum air masak sebab konon-konon nak pahala sunat. Memang boleh bertahan. Sebab tu masa tu berat badan tak naik-naik dalam 45kg je...

Satu lagi amalan yang sangat-sangat saya gemar, ialah makan asam. Penah demam kalau tak dapat makan asam. Jeruk-jeruk dan buah mangga muda tu memang la kesukaan saya.

Tapi sejak beranak dua ni.. Baru saya rasa kesannya.. Ulu hati rasa pedih. Selalu sakit kepala, bila check, buat scope, dapat kesan ada ulser dalam usus. Satu masalah saya paling BESAR, kalau lambat makan mesti sakit kepala. Nak khadho puasa pun bermasalah. Sahur dah makan nasi banyak, pukul 11 pagi dah mula rasa pening. Pukul 5 dah tak larat nak celik mata. Sementara nak tunggu masa berbuka terpaksa tahan, kena tidur la sampai azan Maghrib. Lepas berbuka, makan nasi, minum air lepas tu telan PONSTAN sebiji.. terus tidur lagi.. Kalau nasib baik ok la... Kalau tak, sampai pagi esoknya pun terasa lagi berat je kepala ni...

Sampai satu hari, terbaca member iklankan satu produk DCL ni.. RED GUARA CAFE... Saya ni memang hantu KOPI. Nescafe dan kopi memang favorite saya. Pagi-pagi mesti minum nescafe. Masa pregnant je saya cuti minum nescafe sebab tak nak baby terdedah dengan kafein la konon. Dalam masa yang sama saya nak kurangkan berat badan sekali. Macam mana nak diet kalau lambat makan je dah sakit kepala. So, saya cuba la order RED GUARA CAFE ni....

Puasa perlu diganti tahun ni, 6 hari. Dah dekat nak puasa ni saya cuba la tengok berkesan tak RED GUARA CAFE ni?.. Atau iklan je lebih???
Saya bersahur dengan RED GUARA CAFE dan 3 keping roti je. Alhamdulillah.. Macam magic pun ada. pukul 11 masih ok. Tak ada pulak tanda-tanda sakit kepala hari tu.. Tunggu lagi sampai petang... Pun sama, sakit kepala tak muncul-muncul. Magic... Magic.... Alhamdulillah berjaya kadho puasa 6 hari...

Dengan itu saya promote la kepada sesiapa yang ada masalah macam saya.. Boleh cuba RED GUARA CAFE keluaran DCL untuk mengatasi masalah gastrik anda.... Rasanya sedap macam nescafe jugak.. Insya Allah...