Khamis, 28 Jun 2012

RED GUARA CAFE BAIK UNTUK GASTRIK

Salam 1 Malaysia

Dah tak lama lagi kita nak menyambut RAMADHAN. Jom kongsi sedikit pengalaman saya bagi sesiapa yang mempunyai masalah GASTRIK.

Sejak dari sekolah menengah, saya tak suka bangun sahur. Terbawa-bawa la sampai kerja. Masa bujang tu lagi la malas nak bangun sahur. Makan masa berbuka dan sebelum tidur dalam pukul 11 lebih lepas tu tidur sampai pagi. Kalau rajin bangun la minum air masak sebab konon-konon nak pahala sunat. Memang boleh bertahan. Sebab tu masa tu berat badan tak naik-naik dalam 45kg je...

Satu lagi amalan yang sangat-sangat saya gemar, ialah makan asam. Penah demam kalau tak dapat makan asam. Jeruk-jeruk dan buah mangga muda tu memang la kesukaan saya.

Tapi sejak beranak dua ni.. Baru saya rasa kesannya.. Ulu hati rasa pedih. Selalu sakit kepala, bila check, buat scope, dapat kesan ada ulser dalam usus. Satu masalah saya paling BESAR, kalau lambat makan mesti sakit kepala. Nak khadho puasa pun bermasalah. Sahur dah makan nasi banyak, pukul 11 pagi dah mula rasa pening. Pukul 5 dah tak larat nak celik mata. Sementara nak tunggu masa berbuka terpaksa tahan, kena tidur la sampai azan Maghrib. Lepas berbuka, makan nasi, minum air lepas tu telan PONSTAN sebiji.. terus tidur lagi.. Kalau nasib baik ok la... Kalau tak, sampai pagi esoknya pun terasa lagi berat je kepala ni...

Sampai satu hari, terbaca member iklankan satu produk DCL ni.. RED GUARA CAFE... Saya ni memang hantu KOPI. Nescafe dan kopi memang favorite saya. Pagi-pagi mesti minum nescafe. Masa pregnant je saya cuti minum nescafe sebab tak nak baby terdedah dengan kafein la konon. Dalam masa yang sama saya nak kurangkan berat badan sekali. Macam mana nak diet kalau lambat makan je dah sakit kepala. So, saya cuba la order RED GUARA CAFE ni....

Puasa perlu diganti tahun ni, 6 hari. Dah dekat nak puasa ni saya cuba la tengok berkesan tak RED GUARA CAFE ni?.. Atau iklan je lebih???
Saya bersahur dengan RED GUARA CAFE dan 3 keping roti je. Alhamdulillah.. Macam magic pun ada. pukul 11 masih ok. Tak ada pulak tanda-tanda sakit kepala hari tu.. Tunggu lagi sampai petang... Pun sama, sakit kepala tak muncul-muncul. Magic... Magic.... Alhamdulillah berjaya kadho puasa 6 hari...

Dengan itu saya promote la kepada sesiapa yang ada masalah macam saya.. Boleh cuba RED GUARA CAFE keluaran DCL untuk mengatasi masalah gastrik anda.... Rasanya sedap macam nescafe jugak.. Insya Allah...




Tiada ulasan:

Catat Ulasan