Salam 1 Malaysia
Hari ni rasa nak share pulak pasal hospital... Tak tau nak share apa, tapi topik ni pun ok jugak kan?
Saya ni keja Bank. Bank cover medical cost untuk staff unlimited sampai besara. Untuk children and spouse cuma ada RM1,400 je setahun. Tapi dapat agreement baru tahun lepas children and spouse ada extra benefit RM25,000 setahun untuk hospitalisation.. Alhamdulillah..
Tapi satu je tak best sebab penyakit buat sendiri tak cover... Huhu.. Nak bersalin dan perkara-perkara seangkatan dengannya kenalah bayar sendiri... Sendiri mau ingat la.....
Tapi saya tetap berada dalam kategori beruntung.. Syukur... Alhamdulillah. Hubby bekas tentera dan dia ada kad tentera yang boleh dapat perkhidmatan percuma di hospital kerajaan. So, untuk kes ni kitorang serbu la hospital kerajaan... Free maaa....
Free punya pasal kena la redha dengan perkhidmatan yang diberikan.
Anak pertama, saya bersalin di hospital Kajang. Masa tu hospital Serdang baru dibina, belum buka untuk awam. Disebabkan hospital Kajang tu hospital lama saya rasa macam tak nak pegi situ. Ditambah lagi dengan cerita-cerita orang. So nak lari la dari pergi situ saya cuba daftar di Putrajaya. Nak buka buku merah tu saya pergi la KK Putrajaya, guna alamat kakak di Presint 16. Tak tahu pulak diorang punya prosedur macam mana. Bila nurse tu tanya saya, saya cakap tumpang rumah kakak. Tup-tup dia call kakak saya jam tu jugak untuk buat confirmation. Alamakkkksssss!!! Saya belum kautim lagi dengan kakak. Yang kakak aku pun, jujur.... Dia cakap "tu adik saya, tinggal kat Bandar Baru Bangi..." Huwaaaaaaaaaaaaaaaa......
Dengan muka ala-ala malu, terpaksa la tebalkan muka dan akur dengan syarat mereka.. "Puan kena daftar di KK BB Bangi. Alamat Puan kat sana, di sini untuk orang PUTRAJAYA sahaja...."
Ermmmm... apa nak buat... Maka saya pun terpaksa la berulang alik ke KK BB Bangi sehingga saat terakhir untuk melahirkan anak pertama. Air ketuban kurang pulak... Dapat detect sebab berat tak naik.. Makan macam biasa tapi berat maintain.. KK BBB refer ke hospital Kajang. Bila dah buat scan dapat tahu air ketuban kurang. So disuruh admit dan paksa bersalin..
Masa kat klinik pakar (hospital Kajang). Sungguh mencabar tahap kesabaran.. Almaklumlah hospital lama. Errmmmm... "Kalau saya ada duit memang saya tak nak datang sini"
Seperti biasa, proses untuk mendapatkan khidmat di situ, register, ambil nombor, timbang berat, check air kencing, jumpa doktor, scan, dapat result.. semua tu tak kurang dari 4 jam. Kalau nak cepat datang awal dapat nombor 1... Boleh la balik awal kot..
Paling menyentuh perasaan bila nampak kakitangan penjara dua tiga orang mengheret ibu-ibu mengandung dari penjara.. Kesian.. Apa la salah diorang ni kan? Hati saya sentiasa tertanya-tanya.. Nak bergerak kena eskot. Macam nak berborak je ngan diorang ni... Tapi buat apa nak menyibuk... Uruskan hal sendiri dulu...
Masuk wad pulak... First time ni masuk wad seumur hidup.... Macam mana la agaknya?... Check lagi.. Nasib agak baik hubby request 2nd class, itupun kira bertuah sebab masih ada katil kosong. Kalau tak kena dok 3rd class... Waduh.. waduhhh... katilnya rapat bangat.. Langsir pun ngak ada... Gawat... Gawat.... 2nd class 4 katil 1 bilik + bilik air. Sempat rasa juga 3rd class sekejap sebelum di tranfer ke 2nd class. TV tak ada, bangun tido, bangun tido la kat katil tu.
Hari pertama dimasukkan ubat untuk mempercepatkan sakit bersalin.. Apa nama ubat tu ek? Ntah la induse ke? Tak ingat la, macam panadol tu tapi masuk kat bawah tu la.. Esok pagi check ada buka 3cm. Nurse book la labour room. Tapi subuh-subuh hari tu ada sorang kakak tu dah pecah air ketuban. Dia tekan bell tak ada sorang pun nurse yang datang. Saya tengok dia cemas, tilam dah basah.. Saya tolong jugak tekan bell.. Kot-kot bell dia rosak. Sama jugak tak ada orang datang. Dengan memboyot-boyot terpaksalah saya bergegas ke kaunter. Ermmm tido rupanya.. Letih betul kerja nurse ni..
Disebabkan kakak tu dah sampai masa nak bersalin, turn saya masuk labour room dilambat sedikit. Sepatutnya pagi tu dah masuk labour room, tapi jadi lambat sebab ada case yang perlu disegerakan maka turn saya terpaksa dilewatkan... Petang baru dapat masuk labour room. Berjalan dari 2nd class tu diiringi seorang nurse. Kalau kat swasta disorong dengan wheelchair kot.. betul tak?
Masuk labour room pulak... Errmmmmm... Macam ni ke labour room???. Macam fitting room kat pasaraya tu... tarik langsir je. Bilik pulak muat-muat katil single tengah-tengah tu. Kiri kanan tu ada la space sikit untuk nurse dan doktor nanti...
Yang attend saya tu pulak jururawat pelatih. Saya tengah menahan kesakitan diorang pulak diberikan keterangan begitu begini.. Memang dengar la segala butir penerangan dari mereka. Jeritan jiran sebelah pun dengar.. Nak pulak ada aci sebelah tu... Hadoiii... Nasib baik lagi masa tu dah tak ramai orang. Kurang sikit stress saya.
Malas nak fikir yang bukan-bukan saya baca je doa dan zikir. "Laila hailla anta subhanakainni kuntum minazzolimin..." Baca ayat kursi, seribu dinar dan apa juga doa yang terlintas di kepala.. Alhamdulillah dalam 7 jam jugak bertarung nyawa dalam tu. Baru kutahu rasanya.. Trauma juga sebulan dua... Tapi bila teringatkan rezeki Allah lupa la sekejap trauma tu...
Balik rumah, hubby hantar ke rumah kakak dia di Seremban. Prosedur lepas bersalin pulak kena bawak buku merah tu pergi Klinik Kesihatan atau Klinik Desa terdekat. So hubby pergi daftar di KK kat rumah kakak ipar saya tu. Keesokkannya nurse dari klinik kesihatan datang melawat. Check baby kuning ke tidak, check ibu, sihat ke tidak. Ada masalah ke kat tempat jahit tu.. Tekanan darah ok ke tak.. Bla bla bla.... Kat sini saya bagi kredit.. 5 bintang sebab Nurse datang rumah. Perkhidmatan percuma. Untuk 3 hari. Kalau ada masalah dengan baby atau ibu, kena rujuk hospital. Tapi alhamdulillah, segalanya berjalan lancar tanpa sebarang masalah.
Perkhidmatan jururawat melawat ke rumah ni tak ada kalau kita bersalin di hospital swasta, setahu saya la... Kita monitor sendiri di rumah dan kalau ada masalah baru kita bawa terus ke hospital. Setahu saya untuk bersalin di hospital swasta, bermula dari 1st pregnancy checkup sampai bersalin, kos untuk satu temujanji tidak kurang dari RM100. Kos bersalin pulak kenalah standby busuk-busuk pun RM3,000. Itupun untuk yang tidal bermasalah. Bersalin normal dan anak sihat. Tapi kalau pergi kerajaan, free. Kecuali kalau masuk wad kena bayar untuk bukan kakitangan kerajaan dalam RM5 (pendaftaran) dan kos rawatan dan makan murah je.. Kelas 3 belas-belas ringgit je mengikut kes... Kurang pasti sebab saya dapat perkidmatan percuma.
Tapi kita dapat rasakan perbezaan dari segi layanannya. Apapun bergantung kepada nasib juga, kalau kita masuk wad kelas 3, agak kurang sikit layanannya. Maklumlah orang kelas tiga ni selalunya tak berduit, tak berpangkat... Kalau kelas satu dan dua agak berduit dan berpangkat. Maka layanan diberi perlu ditapis dan jurang perbezaannya tetap ada.... Adat dunia...
To be continue....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan