Salam 1 Malaysia
Anak kedua pulak, saya bersalin di Hospital Serdang. Check up kat Klinik Desa Sungai Ramal sebab dah pindah rumah sendiri kat Sungai Chua. Macam biasa pergi pukul 8 lebih, balik pukul 11 lebih.. Kadang-kadang pergi petang. Ambil time off 2jam pukul 3.30 dari office. Pukul 4 baru leh check up. Tapi kalau ada masalah tak boleh la jumpa Doktor, kena buat appoinment lain pulak... Ni yang leceh ni. Pastu muka nurse bertugas pun dah lemau, sebab pagi dah kerja keras.. Itu yang agak kurang selesa.. Diorang pun dan ingat rumah dah.. Nak balik la, dah pukul 5 petang.
Layanan dari nurse-nurse kat situ ok, mesra rakyat.. Ada pulak yang terlebih mesra, kisah rumah tangga, adik beradik pun nak cerita kat kita... Anak saudara gitu gini... Emak saudara begitu begini... Kan dah buang masa... Berderet lagi orang menunggu kat luar tu, nak layan dia punya cerita pulak... Lepas tulis kat buku patient salin pulak ke dalam buku klinik... Ermmmm... Banyak pulak kerjanya. Checknya sikit je pun... Menyalin pulak berjam-jam....
Saya nekad tak nak bersalin kat Hospital Kajang. Saya nak Hospital Serdang... Bila tanya nurse tu, dia cakap "kalau ikutkan kawasan memang kena pergi ke Kajang. Tapi kalau dah sakit nak beranak kat mana-mana pun pergi je la yang terdekat."
"Errmmm.. Betul jugak.... Kalau dah nak terkeluar kat Sungai Buloh takkan nak kejar balik Kajang jugak kan?"
Klinik Kerajaan ada sediakan kursus PENYUSUAN IBU secara percuma. Wajib hadir....
Sangat bagus bagi saya.
Bila kandungan dah mencecah 6-7 bulan, kita diberi jadual untuk monitor gerak baby dari pukul 8 pagi sampai 8 malam. Kalau kurang dari 10 kali gerakkan bermakna ada masalah. Kena rujuk ke hospital. Tapi menurut kawan-kawan yang menggunakan khidmat Klinik atau hospital swasta... Diorang tak pernah buat jadual gerak baby ni.
Nurse akan ambil sejarah kehamilan kita untuk rujukan. Untuk anak ketiga saya kena jalani ujian gula dalam darah. Kena minum air gula sebab baby kedua berat 3.75kg. Wajib!
Mana ada orang suka buat ujian ni. Kena teguk air gula yang pekat dan manis melekat... Ada yang tak tahan akan muntah. Kalau muntah kena buat lagi... Jangan PUTUS ASA... Bila dapat result, kalau tinggi kenalah buat ujian gula dalam darah (BSP) setiap dua minggu, sehari 4 kali. Amik kau!
Dah tu jangan harap nak dapat MC dari doktor. Saya dah kena, ada yang doktor ok.. Ada yang tak ok. Nasib baik company cover unlimited medical cost. Boleh pergi klinik panel cakap la sakit belakang ke, pening ke... Dapat la MC. Tapi nak buat 2 minggu sekali tu.. Puas juga nak bagi jenis penyakit.. Ada ke patut MO kat hospital Kajang tu cakap buat BSP bukannya sakit.. Tak boleh bagi MC. Habis tu yang nak kena ulang 4 kali sehari tu, celah mana nak kerja celah mana nak buat test. Testnya 5 minit pun tak sampai.. Yang susahnya nak berulang ke klinik tu... Pukul 8-9 pagi, 12-1tgh hari, 4-5 petang dan 9-10 malam. Kalau office sebelah klinik tu tak pe la... Sekolah je tinggi tapi fikiran singkat. Tapi ada pilihan bagi ibu-ibu yang berkerja. Boleh beli sendiri alat test gula tu dan buat sendiri ikut jadual. Nanti submit je result ke klinik. Ringan sikit beban... Memang melecehkan.. Sebab tu la kena jaga makan semasa mengandung.. Tapi kalau dah nasib tak menyebelahi.. Apa kan daya... Redho je la....
Sampai masa, saya suruh suami hantar ke Hospital Serdang.. Nasib baik dah buka 3cm. Tapi tak ada la pulak persoalan tentang alamat ke apa... Tapi dapat Doktor, ya ampun.. Keret gila. Sebelum dia check saya, saya dengar dia membebel dengan patient yang lain.... Bukan main keret suaranya.. "Ni anak pertama ke? Tau tak tanda-tanda bersalin tu macam mana?"
Patient tu jawab "Keluar darah.."
"Keluar darah tak semestinya nak bersalin.. Ni saya check tak buka sikit pun lagi... Awak balik dulu... Tunggu sakit 5 minit sekali, baru datang..."
Mak aiii... "Kang sampai kat aku, apa pulak soalannya..."
Dalam hati saya "ye ke macam tu? Ada orang tak sakit terus keluar je.. Rasa nak berak je diorang cakap. Pergi masuk toilet terus keluar..."
Sampai turn saya "Sakit berapa kerap sekarang ni?" Tanya Doktor.. Rupa macam India, agak muda. Ntah pernah beranak ke tak, tak tahu la...
"Errmmm.. Dalam sepuluh minit sekali..."
Dia pun terus check... "dah buka 3 tiga, boleh masuk labour room."
Lega rasanya sebab tak banyak soal.. Memang anak kedua, tapi bukan ingat dan tahu sangat pun... Kang dapat soalan cepu emas kang... Sendiri mau ingat!
Hospital baru ni labour room besar. Selesa, jauh berbeza dengan hospital Kajang. Hubby boleh masuk temankan kita dalam labour room. Tapi dia akan dipanggil bila dekat-dekat nak bersalin jer.. Malangnya hubby saya keluar uruskan pendaftaran dan buat photocopy IC dan Kad pesara la pulak.. Dia sampai kat dewan bersalin anak dia dah keluar dah... Tak ada rezeki dia nak tengok saya meneran. Anak ketiga pun sama. Sempat keluar hantar customer lagi...
Dalam 3 jam, saya selamat melahirkan anak kedua. Alhamdulillah, semuanya selamat. Puas juga nak meneran, mana tak nya 3.75kg. Baby boy... Saya namakan RIFQI AMZAR bermaksud "kawan pendamping yang utama" pendek kata "best friend" la kot...
Saya ditempat di wad 3. Berbeza dari hospital Kajang. Wad 3 di sini 4 katil dan satu bilik air. Agak tenang dan tidak padat macam di Kajang. Bilik air ada air panas dan sejuk.. Agak selesa... Pagi-pagi dalam pukul 8 macam tu nurse akan panggil ibu-ibu bawa baby masing-masing ke bilik khas untuk mandikan baby. Haa.. macam tak patut pulak buat macam ni.. Ibu kan baru je bersalin.. Kena beratur ramai-ramai menunggu turn nak mandikan baby. Memang dimandikan oleh nurse yang bertugas. Tapi nak menunggu tu.. Bagi yang tak luka teruk tu ok la.. Tapi saya ni.. Rasa nak menangis pun ada..
Cuma ibu yang bersalin kot tingkap je di beri kelonggaran... Yang bersalin normal kena buat sendiri..
Tapi untuk anak ketiga tak pulak kena beratur macam tu masa nak mandikan baby.. Nurse datang ambil baby kat katil dan mandikan.. Lepas dah bersih, dia hantar balik ke katil tapi kena siapkan sendiri la...
Dari 4 katil satu bilik dah jadi 5 katil. Biasa lah rakyat Malaysia dah ramai.
Seperti hospital kerajaan yang lain, BOTOL SUSU memang kepantangan mereka. Mesti bagi SUSU IBU. Kalau boleh tahan telinga buat la.... Display la botol susu tu.. Air masak ke air apa ke.. Bagi pakai susu atau straw. Titiskan ke dalam mulut baby.. Jangan pandai-pandai nak mudah kan kerja sendiri. Nasib tak baik dapat nurse yang mulut longkang... Baru tau pahitnya hempedu...
Masa di wad, layanan lain tu kira ok la....Nasib juga kot dapat nurse yang ok etika kerjanya. Hospital baru, wad baru... Environment baru.. Nurse-nurse juga baru-baru.. Pendek kata semua ok. Cuma tak oknya hubby nak datang hantar barang kena datang waktu melawat sahaja. Kalau tak kena eskot dengan security untuk 5 minit jer... Kanak-kanak di bawah umur 12 tahun tak boleh melawat.. Ini yang sengsara ni. Memang la tujuannya bagus. Tak nak expose kanak-kanak dengan environment yang open dengan pelbagai jenis penyakit. Kanak-kanak mudah dijangkiti penyakit... Tapi macam mana pulak dengan kes macam saya. Kalau hari Ahad anak tak hantar nursery (CUTI). Saudara mara pun jauh.. Tak biasa tinggalkan dengan jiran... Kena la bawak sekali. Hubby nak letak anak kat mana, kat hospital tu bukannya ada satu tempat khas untuk child care atau nursery pun.. Kalau ada kemudahan tu kan lagi bagus... Harap-harap ada la suatu hari nanti.... Senang untuk kemudahan semua. Buat macam kat IKEA atau SOGO tu..
Kesimpulannya Hospital Kerajaan ni lebih kepada PREVENTATION. Berbanding kepada hospital Swasta. Mengikut pengalaman kawan-kawan, masa yang diperlukan untuk pregnancy checkup tak la lama berbanding kerajaan. Boleh pilih masa, malam dan hari Sabtu. Jimat cuti...
Tapi dari segi ketelitian, bagi saya klinik dan hospital kerajaan lebih detail. Supaya kita tidak terkena. Tapi swasta hanya membuat pemeriksaan asas sahaja. Apa-apa terjadi patient bayar. Lagi banyak khidmat mereka kita guna, lagi mereka suka... Sebab lagi banyak kos yang kita bayar. Kalau bersalin di kerajaan sebolehnya doktor nak kita bersalin normal sebab kos yang rendah. Tapi di swasta sikit-sikit nak operate...
Charge untuk consultation je dah berapa...
Tapi sememangnya berbeza antara BAYAR dan PERCUMA. Bagi saya... KEDUANYA ok.. Kalau mampu boleh je pergi swasta. Kalau tak mampu gunakan saja kemudahan yang kerajaan bagi..
PERMANENT DOCTOR NEEDED - URGENT !!!
BalasPadamWe are Owner and Operator a General Practice (GP) Clinic in Bandar Sungai Long, Bangi and Putrajaya (Presint Diplomatik - Klinik Pakar KASIH).
We are looking for a dedicated Medical Officer Requirements at Bandar Sungai Long Clinic:-
Lady doctor
MBBS or equivalent from a recognized institution approved by Ministry of Health Malaysia
Possess valid Annual Practicing Certificate
Registered with Malaysia Medical Council
Minimum 2 years working experience in Obstetric & Gynecology
Attended an Obstetric Life Saving Skill
Attended A Neonatal Resuscitation Program
Working hours negotiable with minimum on-call
Very attractive salary
Kindly please send to recommend CV to: aznial@gmail.com
Clinic information:-
PUSAT RAWATAN SUNGAI LONG
NO. 12 JALAN SL 1/13
BANDAR SUNGAI LONG
43000 KAJANG
SELANGOR