Jumaat, 29 Jun 2012

ANAK CIRIT BIRIT DAN MUNTAH-MUNTAH

Salam 1 Malaysia

Masa tu baru lepas dapat bonus hujung tahun. Saya ajak suami balik kampung. Di samping dapat ziarah mak, saya berhajat nak belanja abang-abang dan keluarga. Saya ajak abang pergi beli seafood fresh dari kuala. Dapat beli ikan siakap, sotong, udang, dan mentarang..

Mentarang????.. ni ha rupanya... Orang kuala sebelah pantai barat je yang kenal benda alah ni selalunya...
Mentarang

Mentarang ni kena cari dalam lumpur. Sebelah Pantai Barat ke Utara Semenanjung Malaysia, terutamanya di Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor sahaja yang ada makhluk ni. Isinya manis macam kepah.. Tapi rupanya agak pelik sikit.. Enak di bakar, masak air, masak kicap... Ada pulak yang menjerukkannya.. Nama glamour kat kampung saya KENAS. Pelikkan?? Tapi saya suka.... Saya suka...

Berbalik kepada cerita makan-makan tadi....
Lepas puas makan ramai-ramai... Semua kekenyangan.. Alhamdulillah..... Bila la boleh buat lagi?.... Insya Allah ada rezeki, kita buat lagi ye adik beradik ku sayang....

Keesokkan harinya, puteri sulung saya muntah-muntah.. Cirit birit.. Badan agak panas... Aduh.. Baru plan nak pegi mandi kat Gua Kelam. Nak naik trem.. Keretapi masuk dalam gua... Excited sangat.. Sebab baru tahu ada keretapi masuk gua... Anak-anak pulak memang suka la kalau dapat naik keretapi tu...

Malangnya hajat tak kesampaian... Terpaksa bawak puteri sulung ke klinik. Puas pulak pusing Kangar cari klinik panel ING. Call kawan-kawan, call ING.. Ada satu klinik tu tapi hari Ahad tutup la pulak... Hampeh.. Last decision terpaksa la bawak ke bahagian kecemasan kat HTF tu. RIFQAH AWLIYA pun dah lembek nampak gayanya.. Kesian anak ummi. Tak tahan kot perut dia dengan seafood ni.. Ntah apa dia makan semalam pun saya tak perasan.

Sampai kat hospital, masa nak turun kereta... RIFQI AMZAR pulak tersepit jari kat pintu kereta. Kakak tutup pintu, tak perasan jari adik kat situ.. Kebiasaannya anak-anak saya kalau jatuh, terhantuk, tersepit... atau seangkatan dengannya... Hembus sikit dan cakap FUANGGG! Gosok-gosok sikit.. Taruk minyak gamat ke, minyak angin ke... Baik la.. Tapi kali ni, dah banyak kali FUANGGG tak berenti jugak melalak.. Dah kebetulan kat bahagian kecemasan terus daftar nama sekali dengan kakak..

Lepas check kakak, check adik pulak.. Sebabkan jari budak kecik, kena la buat xray... Sebab melalak makin kuat... Alhamdulillah tak ada apa-apa...

Balik dari hospital, suami terus ajak balik KL. Dah hilang mood nak bercuti sebab anak-anak tak sihat. Dalam perjalanan, kejap-kejap ada pewangi baru muncul dalam kereta. Kejap-kejap muntah.. Kejap-kejap tukar spentol.. Pakaikan lampin adik... Bertahan la sampai rumah kat Kajang...

Balik rumah RIFQI AMZAR pulak sambung.. Demam, muntah-muntah, cirit birit... HADOIIII...
Dah cengkung anak-anak saya. Tapi kakak macam dah kurang sikit. Bawak lagi pergi hospital Serdang... Masa tu tak ada lagi PRUDENTIAL insuran. Saya ambil TAKAFUL MALAYSIA masa tu.. RIFQI AMZAR kena admit. Kakak boleh balik.

Masa di wad doktor suggest minum 100+ atau yakult atau vitagen. Kata doktor minuman tu boleh cuci usus. Selain dimasukkan air, doktor suruh bagi minuman tadi dan stop susu. Alhamdulillah... Semakin beransur pulih.. Nak dijadikan cerita, saya yang jahil ni bagi pulak budak kecik tu minum Anlene dua tiga kotak.. Bukan apa, doktor cakap kalau dia nak makan, bagi je.. Dah itu yang dia nak minum.. Saya bagi la... Masa nurse mintak list pemakanan RIFQI AMZAR hari tu, saya bagi la dengan bangganya.. Saya tulis dengan jujur dan tulus ikhlas apa yang dia makan hari tu.. Susu anlene 2 kotak.. Vitagen 1/2 botol... Bla.. Bla....

"Ibu bagi susu anlene kat anak, bu?" soal nurse....
"erkkk.. Kenape? Tak boleh ke?" tanya saya balik...
"mana boleh bu, susu tu untuk orang dewasa. Budak-budak tak sesuai.. Sebab tu dia cirit tak baik-baik....."
kuang kuang kuang.... "mana saya tahu.........." jawab saya dengan rasa malu pun ada, ralat pun ada, kelakar pun ada.. Macam mana saya tak pernah tahu perkara tu??... Memang betul pun, mana ada anlene keluarkan produk untuk kanak-kanak. Semua untuk dewasa.

Keesokannya cirit birit pun dah berhenti, makan pun dah selera.. Semua dah ok so boleh balik. Dekat seminggu jugak dok bercuti kat hospital Serdang tu... Kalau saya tak jahil, mesti boleh balik cepat....

Moral of the story..
  1. Nak bagi susu/minuman kepada anak tengok dulu kesesuaiannya untuk kanak-kanak... Jangan main bedal je...
  2. 100+, yakult dan vitagen elok untuk cuci usus... Tentu semua orang biasa kan kalau kena cirit birit, doktor akan bagi air garam.. Air garam tu untuk bagi tenaga kepada pesakit yang kehilangan tenaga akibat muntah-muntah dan cirit birit. Dalam 100+, yakult dan Vitagen ada kandungan garam yang diperlukan oleh badan kita. So, kalau air garam doktor bagi tu tak sedap, gantikan la dengan minuman tadi tu... Mula-mula mungkin cirit birit tu akan jadi semakin kerap dan banyak. Tapi itulah proses pemulihan. Bila proses tu berlaku, kuman-kuman akan keluar dari dalam badan. Kalau banyak keluar, maka cepat la kita sembuh...
Kita selalu dengar orang pesan kalau demam, batuk, denggi... Tak sihat.. Kena minum air masak banyak-banyak... Bila kita minum banyak, kita akan buang air kecil. Air kencing yang kita buang tu la, proses terbaik untuk keluarkan kuman dari dalam badan kita....

Itu la pengalaman sebagai seorang ibu.. Kalau tak lalu semua ini pasti tak ada ilmu yang kita dapat... Sedikit sebanyak itu lah pengalaman yang saya ingin kongsikan bersama...

Selamat mencuba!!!.....








Tiada ulasan:

Catat Ulasan