Percayalah Allah mengatur hidup kita begitu dan begini... KetentuanNYA pasti ada hikmah...
KISAH 1
Dalam jam 8.30 pagi, Jumaat 3 Jun 2011. Saya tengok ada 4-5 kali miss call dari abang kat kampung. Hati memang tak sedap, sebab emak memang uzur sejak lebih kurang 6 tahun lalu. Sememangnya saya akan rasa tak sedap hati setiap kali nama abang chik naik kat skrin telepon.
Abang chik bagi tau, emak demam dah seminggu. Tapi sejak 3 hari kebelakangan ni, dia dah semakin teruk. Dah tak mau makan. Terpaksa titis air dalam mulut jer... Saya bertambah risau. Apa keputusan yang saya nak bagi pun tak tahu. Saya cakap kat abang chik, nanti nak tanya suami dulu macam mana....
Jauh kot nak balik kampung saya tu... Memang saya jarang balik, atas sebab kewangan. Tapi kalau ada kenduri dan raya saya akan balik juga, sekaligus menjengah emak yang sedang uzur. Bukan nak beri alasan, tapi hakikatnya keadaan kewangan saya dan suami agak terbatas. Nak berulang KL-Perlis, siapa yang melaluinya pasti tahu kan? Tol dan minyak saja dah berapa? RM500 orang kata atas jalan jer......
Saya nak simpan seratus sebulan pun belum tentu. Maklumlah kos hidup di kota metropolitan ni agak tinggi. Kalau saya balik naik keretapi dengan anak-anak pun, untuk tambang jer mau spent RM200-RM300. Saya hanya mampu mendoakan kesihatan emak baik dari kejauhan.
Tapi Allah MAHA AGUNG... tak siapa dapat menafikannya.
Sememangnya saya tak ada cash dalam tangan mahupun di dalam akaun simpanan. Kalau adapun saya standby untuk bayar bil. Mujurlah ada lagi duit Kad Kredit yang saya sengaja tangguh pembayarannya. Mungkin inilah hikmahnya. Selalunya saya bayar on time.
Saya call suami, bagitau berita dari kampung. Saya ajak balik lepas kerja.
Suami saya tanya "ada duit tak?"
Saya jawab "ermmm adalah RM300. Duit kredit kad tak bayar lagi.. Tak apalah, nanti kita cari lain la untuk bayar kredit kad tu.."
Untungnya saya, sebab suami pemandu teksi. Kereta pakai NGV, tol separuh... cukup la RM300 tu..... Seperti yang dirancangkan kami pun bertolak balik Perlis lepas Isyak dengan TAWAKKALTUA'LALLAH. Sampai di Perlis dalam pukul 4 pagi. Maklumlah driver saya ni kalau balik kampung saya memang slowmo skit... Aku tengok keadaan mak memang agak merisaukan. Tapi saya dah bersedia fizikal dan mental untuk menghadapi apa jua kemungkinan. Suami saya pun merasakan emak memang tengah nazak. Untuk saat-saat terakhir, saya cuba untuk menunaikan tanggungjawab sebagai seorang anak kepada emak. Mandikan emak, pakaikan baju emak, sikat rambut emak, bedakkan muka dan tubuh emak... Membaca al-Quran untuk emak... Berdoa untuk emak... Semoga diampunkan segala dosa-dosa emak dan agar perjalanannya kembali kepada ALLAH dipermudahkanNYA.
Alhamdulillah, suami saya buat keputusan untuk tunggu lagi dua tiga hari di kampung... Hati saya bertambah lega.. Bertambah lagi SENANG HATI sebab abang chik bagitau kat Kangar dah ada NGV.. Berdesup suami saya pergi isi NGV kat Kangar.. Dua hari di kampung. Kakak-kakak yang jauh pun dah sampai... Saudara-mara terdekat pun mula menziarahi emak. Isnin 6 Jun 2011, lepas solat zohor, aku bacakan Yaasin untuk emak. Belum sempat habis baca, rasanya tak tahan lagi mata nak buka. Bacaan pun dah kelaut.... Saya tidur di sebelah katil emak. Kakak ipar saya yang menjaga emak sejak 6 tahun lalu tak jemu-jemu tengok emak. Lepas dia ambil wudhuk dia jenguk emak. Lepas solat asar dia jenguk lagi, tapi nafas emak sudah berhenti. Lantas dia mengejutkan saya... Agak cemas keadaannya. Semua yang ada mula cemas. Kami tengok emak dah kaku... Sah lah dia sudah dijemput ILAHI.... Selepas azan asar, emak menghembuskan nafas terakhir. Tapi malangnya kami yang ada di kampung, masing-masing tidak sempat menemani emak ketika itu.
Dalam sibuk menguruskan jenazah emak, saya berterus terang kepada abang chik. "Dik La tak ada duit nak bagi.." Maklumlah pengurusan jenazah juga perlukan DUIT.
Abang chik cakap "tak apa, aku dah standby dah.."
Lega hati saya, tapi nun jauh di lubuk hati, terasa juga terkilan kerana tak dapat menyumbangkan duit untuk saat-saat terakhir emak. Tapi saya redho, rezeki juga datang dari ALLAH. Saya pasrah...
Selesai pengkebumian jenazah emak, saya stay lagi 2 hari. Hari Rabu 8 Jun 2011 saya berangkat pulang ke KL. Hari Khamis 9 Jun 2011 saya dah mula kerja. Sampai kat pejabat semua rakan-rakan mengucapkan takziah. Saya redho dengan TAKDIR. Ntah mengapa saya langsung tak mengalirkan air mata dengan pemergian emak. Mungkin saya dah bersedia... Cuma kehadiran air mata itu akan wujud ketika saya berdoa untuknya...
Tiba-tiba seorang rakan sepejabat saya datang dan menghulurkan sekeping cek... Macam tak percaya... Cek apa? Aku tengok jumlah RM300 lebih... Terkebil-kebil sekejap sambil memikirkan dari mana datangnya duit ni???? Rupa-rupanya duit claim insuran anak yang sudah setahun saya claim tapi tak dapat. Selalunya claim sebulan je dah dapat bayaran. Bila dah masuk setahun saya pun dah lupa....
Betapa AGUNGNYA ALLAH... Dia sudah merancang yang terbaik buat hambanya... ALHAMDULILLAH... SYUKUR....
"SEMOGA ROH EMAK DICUCURI RAHMAT DAN DITEMPATKAN DI KALANGAN ORANG-ORANG YANG BERIMAN.. AMIN........."
****************************************************
KISAH 2
Saya dan saudara-mara membuat perancangan untuk berkumpul bersama pada cuti sekolah yang lepas. Tapi memandangkan masing-masing tak punya bajet yang besar, kami sepakat untuk berkumpul di rumah kakak saya di Ipoh. Tiada aktiviti yang menarik pun sekadar makan-makan, BBQ, main bowling dan pergi berkelah di Sungai Ulu Chepor.
Itupun suami saya dah bising. Buang masa sebab hujung minggu la dia nak dapat pendapatan lebih. Sebagai isteri pemandu teksi, saya sudah lali dengan bebelan itu. Rasanya dah tembus dah telinga ni nak dengar alasan yang sama. Musim perayaan, cuti sekolah dan hujung minggu memang susah nak ajak dia berjalan. Tapi bukan setiap minggu pun saya ajak dia luangkan masa dengan kami. Nak pergi bawak anak-anak bersuka ria pun susah. Ermmmm........ Apapun dah itu ketentuanNYA untuk saya...
Saya dah ada bajet sendiri untuk planning tu. Tapi ciput je la..Percutian berjalan dengan baik walaupun ringkas. Tapi 2 orang anak saya demam. Tak dapat la diorang enjoy habis-habisan. Kesian... Diam-diam dalam kepala otak saya ni risau jugak sebab aku plan nak balik raya kat Perlis tahun ni. Tapi bajet tu saya dah guna pergi Ipoh. Nak beli baju raya nanti macam mana, angpau lagi... Aduhhhhh!!
Saya pujuk hati sendiri, tak per... Nanti adalah tu rezeki... Betulkan niat untuk mengeratkan silaturrahim keluarga. Itu yang penting.....
Hari Isnin saya cuti. Saja apply cuti sebab nak basuh baju la konon... Maklumlah berjalan jauh... Takut tak sempat nak buat semua tu kalau tak apply cuti. Tapi disebabkan anak-anak saya demam tak elok lagi, terpaksalah bawak ke klinik. Saya dah perasan anak nombor 3 tu ada bintik-bintik kat tangan, mulut dan kaki. Tapi doktor cakap kita tengok dulu 2 3 hari macam mana. Esoknya saya pergi semula jumpa doktor tu sebab saya tengok dalam mulut dia dah ada ulser. Confirm la anak saya kena Hand Foot and Mouse Desease (HFMD). Terus doktor tu bagi surat pergi hospital. Seperti biasa saya pilih KPJ Kajang. Sebab dah biasa dan dekat dengan rumah. Untung banyak ada insuran ni. Tak fikir panjang saya suruh je doktor kat KPJ tu admitkan RIZQAH AWFIYAH. Senang, boleh saya rehat kat hospital, anak-anak saya pun tak dapat bercampur sangat, cuti pun boleh apply CL (Compasionate Leave) dan yang paling penting bil hospital, insuran bayarkan dan dapat claim Daily Allowance.... Masuk wad dapat gaji...
3 hari 2 malam saya check in kat KPJ tu. Orang lain tak suka dok hospital, tapi saya suka... saya suka..... Pelik tak????
Yang suka bukan sebab suka anak sakit, tapi suka sebab banyak faedah yang saya dapat. Anak sakit biasa jer... Karang doktor tu masuk air, bagi antibiotik, ubat demam... Baiklah dia.. Kalau saya jaga kat rumah lagi susah rasanya. Semua kerja nak kena buat, anak dah tentu tak nak makan sebab dalam mulut dia ada ulser, kalau tak makan macam mana nak cepat baik? Nak monitor makan ubat lagi.. Masak lagi... Dok kat hospital tunggu jer kat katil tu... Karang cukup jam makanan sampai.. Cukup masa misi bawak ubat... Bahagianya...... Dok hospital swasta pulak tu. Menu boleh pilih... Sedap jugak... Dok atas katil layan drama TV. Ada astro lagi... Bilik 2 katil... Kena pulak tak ada roommate. Wah!! macam orang ada-ada jer... Berbaloi la saya spent RM300 sebulan untuk anak-anak saya ni... Sampai umur 18 tahun (kalau umur panjang) dah ada simpanan sendiri, Medical Cost insuran bayar..Moral of the story "AMBIL LA INSURAN" haha...
Berbalik kepada TAJUK tadi, SETIAP YANG ALLAH BERIKAN ADA HIKMAHNYA.
Duit yang saya belanjakan untuk pergi Ipoh tadi tu, dah berganti dengan duit insuran tu. Pesan saya kepada semua...
Betulkan NIAT kita dalam apa juga keadaan.. Mudah-mudahan segala kesusahan akan dipermudahkanNYA.... Insya ALLAH
"Wallahua'lam"
Tiada ulasan:
Catat Ulasan