Selasa, 3 Julai 2012

SK vs SJK(C) - Part 1

Salam 1 Malaysia

~Bila terbuka hati nak hantar anak sekolah Cina?
Masa tu tengah borak-borak dengan officemate. Pangkat adik-adik je... Ntah apa topik dok bersebang, tup-tup terkeluar bab hantar anak sekolah Cina.
Dia cakap, "elok kak, hantar anak sekolah Cina. Lain sistem dia.. Budak-budak pun masa depan lebih cerah..."
"Ye ker?" soal saya macam kurang yakin.

Tapi lepas ayat tu keluar dari mulut dia, macam kena santau pulak saya. Asyik teringat je kata-kata tu. Baca surat khabar pun asyik topik yang berkaitan je... Semakin ramai ibu bapa hantar anak ke sekolah Cina... Paling menguatkan semangat saya bila ada di kalangan ustaz ustazah yang menghantar anak ke sekolah Cina...

Dalam hati dan fikiran masih berbelah bagi. Tapi bila buat survey... Rupanya memang ramai, majoriti cakap banyak beza dan memang positif-positif belaka. Ada juga kawan-kawan hubby yang hantar anak-anak ke sekolah Cina. Maka hubby pun setuju dengan pendapat saya.
Puteri sulung umur 5 tahun, saya hantar Tadika Islam Swasta. Itu je tadika yang murah dan dekat dengan rumah. TADIKA ISLAM AL-FASIH Taman Sri Kenari Sungai Ramal. Dua tahun di situ agak ok la. Boleh baca RUMI (BM) dan JAWI sikit-sikit. Iqra' pun dah lancar. Alhamdulillah.. Tapi BI kurang sikit. Sebab silibus dalam BM. Nak jugak hantar anak belajar kat Tadika yang Base On English or Mandarin. Tapi mahal la, saya tak mampu. Lagipun hantar ke Tadika Islam sebab nak dia expose tentang Islam, sedikit sebanyak dapat tahu HALAL dan HARAM pun dah kira ok. Perkara yang selalu saya cakap, pasal makan.
Macam mana ek, nak terang kan kepada anak-anak seusia itu tentang HALAL HARAM makanan ni?

Nak senang kerja, saya cakap dia "makanan dan minuman yang dibeli (jajan-jajan) yang tak ada tulis HALAL tu tak boleh makan. Itu Cina punya... Orang Cina punya makanan, Tak HALAL. Orang Islam tak boleh makan." 
"Sebab apa?" 
"Ermmm... Sebab ada B***"
Ntah la relevan ke tak jawapan tu.. Nak terang lebih lanjut saya pun kurang mahir.
"Cuba tengok kat plastik, botol, bungkusan makanan atau minuman tu.. Ada tak tulis HALAL? Kalau tak ada, tak boleh makan la.. Nak nak kalau ada tulisan Cina semuanya..."
Betul ke jawapan saya tu???
Tapi agak berkesan.. Dia dah paham sedikit sebanyak dan elert jugak dengan keterangan saya tu...
Suatu hari kat warung makan tepi jalan.. Dia nak minum air kotak. Saya belikan la dia air kotak DELITE.

Tup tup dia perasan ada tulisan cina "ayokkkk... air cina..."
Tersentap kejap saya ngan hubby... "ha tu la.. sapa suruh nak air ni tadi?"
Saya pun cuba la mencari jalan untuk cover line... Dah minum setengah kotak baru perasan banyak tulisan Cina... Nasib baik jenama agak terkenal... "Cuba tengok ada tulis halal tak?"
Nasib baik ada..
Bagi saya ok jugak la bagi dia expose tentang agama sebelum dia masuk SJK(C) nanti.

Dalam hati ni risau jugak nak hantar anak ke SJK(C). Sebab pertama, tentang makan minum dia. Kedua sebab dia tak ada basic Mandarin. Tapi saya tawakal je. Bila dapat tau sesiapa yang ada hantar anak ke SJK(C) saya akan berborak la sikit-sikit untuk mendapatkan pandangan dan semangat.

Masa nak cari transport untuk ke sekolah hujung tahun lepas, saya bersyukur sangat, sebab Allah takdirkan saya mendaftar di Sekolah Rendah Agama yang ada kemudahan Transit berserta Pengangkutan. Bila saya cakap anak saya sekolah di SJK(C), ustazah yang menguruskan penghantaran murid ke sekolah tu cakap, "Tak jadi masalah... Anak saya pun sekolah yang sama..."
Alhamdulillah... Saya lega dan rasa hilang satu beban. Bukan apa saya takut harga tambang berbeza dan tiada penghantaran ke sekolah anak saya. Takut bajet kena lebih. Sebab majoriti kat situ semua sekolah kebangsaan.
Saya pun bertanya kepada ustazah tu "macam mana anak ustazah, makan dia, pelajaran dia.. Ok ke?"
"Anak saya pun tak ada basic Mandarin. Mula-mula susah jugak la nak sesuaikan diri.. Tapi lama-lama dia faham je cikgu dia cakap apa.... Makan kena bawak bekal la.." jawab ustazah Norhasidah.
"Ustazah ada hantar tuisyen?"
"Ada, sebelah malam.."
Baru ada sedikit semangat saya.

Satu yang saya pegang sebagai semangat.. Kalau hantar anak ke sekolah kebangsaan.. Walaupun boleh belajar bahasa seperti English dan Arab... Tapi belum tentu sampai habis sekolah anak saya boleh bercakap dalam bahasa tu dengan lancar. Tapi kebanyakan anak-anak yang bersekolah di SJK(C) kebanyakkannya mampu memahami bahasa Mandarin dengan baik walaupun hanya 6 tahun belajar di situ. Sebabnya semua matapelajaran di ajar dalam bahasa Mandarin kecuali Pendidikan Islam dan Bahasa Malaysia.

Contoh paling nyata, cuba kita lihat pendatang asing terutamanya dari Vietnam, Nepal dan Bangladesh. Mereka juga datang ke Malaysia tanpa basic bahasa Malaysia mahupun English. Tapi masih boleh berkerja di Malaysia sampai berpuluh-puluh tahun. Itu kekuatan yang saya ada. Kawan-kawan dan saudara mara ada yang tidak setuju dengan keputusan saya. Mereka memberikan respon yang negatif kepada saya.
Kakak ipar saya pernah cakap, "Nanti hantar anak sekolah agama, puasa ke mana, solat ke mana....."
Bagi saya sekolah Pondok belajar hafal al-Quran pun belum tentu solat dan puasanya sempurna... Dan berapa ramai pulak yang bersekolah Agama, jadi tak tentu arah?... Semua itu atas diri anak-anak kita. Insya Allah saya akan titik beratkan soal agama... 

Ada pulak kawan-kawan mempersoalkan tentang susahnya belajar di SJK(C). Pada saya memang merisaukan. Tapi kalau saya fikir negatif.. Anak saya tak kan sampai ke mana... Saya hanya mampu tawakal.
Bila hari pendaftaran di SJK(C) awal tahun hari tu.. Saya dapati ramai parent Melayu hantar anak ke situ. Bahkan ada parent India dan indonesia sekali. Agak terperanjat. Tapi hakikatnya orang India juga berminat dengan sistem pembelajaran Cina ni. Mesti ada yang menarik... Ada yang dah lama, dari anak sulung. Komen mereka positif. Ada yang nampak perbezaannya. Mereka cakap banyak perbezaan dari segi disiplin dan kerja sekolah... Itu lah semangat saya..  Bila anak-anak saya bercampur dengan pelbagai bangsa, maka dia akan terbiasa dengan pelbagai bahasa. Insya Allah... Saya akan terus bagi sokongan kepada anak saya semampunya...
Ummi doakan anak ummi berjaya dunia dan akhirat.........Amin




  
  



8 ulasan:

  1. dulu hubby sy pernah rancaterpng nk hantar anak sulung kami si risya tu sekolah cina..tp ditentang oleh mak sy..dan lg sekolah cina agak jauh dari rumah maka hasrat tu terpendam je..


    mmm..apa yg merisaukan awak ttg sekolah cina..sama juga apa yg berlegar kat fikiran sy waktu tu..tp takpelah sy berpegang pd konsep sekolah mana pon x penting yg penting budak tu sendiri (nk sedapkan hati sendiri hihi)

    BalasPadam
    Balasan
    1. semangat tu datang bila ada sokongan dari org2 yang positif. kalau tak, terbengkalai juga rasanya.. bila hajat x kesampaian memang kena ada ayat penyedap hati tu... normal la tu, kan cik betty... skrg ni dok bina ayat penyedap hati bila result pertama dpt cencorot.. tengah cari jalan nak buat gerak gempur ni... kesian ank.... baru darjah satu...

      Padam
  2. Memang x dinafikan sjkc bagus dari segi pembelajaran dan kerja rumah. selama 2 tahun saya mengajar di sjkc, sebagai guru agama, rumusan yang sy dapat buat adalah boleh hantar ke sjkc jika:

    1) jika di sjkc tersebut ada guru pendidikan islam yg tetap (bukan yg beredar)
    2) anak anda bersekolah agama rakyat pada sesi petang/pagi
    3) jika anak anda tidak pandai bercakap cina pada tahun2 sila tukarkan ke sk.

    BalasPadam
    Balasan
    1. kami pn da plan hantar ank ke sjkc dan dah pn daftar tuk thn 2015 darjah1.tp dlm hati still lg was2 bleh kte ank terima dr segi pcakapan,pgaulan..

      Padam
  3. bleh tk sy dpt kn fb sis pendidik2u?nk tnya pendapat mengenai pembelajaran di sjkc lebih detail..tq

    BalasPadam
    Balasan
    1. sila msg ke page sy www.facebook.com/pendidik2u

      Padam
  4. fb sy Semangat Azzahra.. silakan add tqvm

    BalasPadam
  5. Ada sesiapa yg tahu guru tusyen ajr bhs cina....saya duduk di area bangi lama.susah nk cari guru bhs cina. Klu ada info bole emel love.zueda@gmail.com

    BalasPadam