Rabu, 11 Julai 2012

RAMADHAN DAH DEKAT... SYAWAL SEMAKIN HAMPIR

SALAM 1 MALAYSIA

Sedar tak sedar.. Lagi 9 hari nak puasa... Orang lain dah mula sibuk fikir baju raya, tema warna apa? Baju fesyen apa? Berapa helai untuk anak? Berapa pasang untuk mak? Tudung jenis apa? Kuih raya... Balang raya... Semua nak raya............

Apa pun, Alhamdulillah... Saya berjaya mengkadha puasa tahun lepas dan tahun sebelumnya. Tapi kesempurnaannya di sisi Allah... Hanya dia yang menilai..

Ntah la.. Setiap tahun pun macam ni jugak saya... Dekat-dekat nak raya baru kelam kabut pegi shopping baju raya, tudung raya, kasut raya... Tak biasa nak kelam kabut sebelum puasa.. Lagipun saya bukan jenis yang pentingkan brand and trend ni... Asal boleh je.... Kita hanya disunatkan memakai baju baru.. Bukan wajibpun... Yang penting balik kampung jumpa saudara mara... Masa ni la nak jumpa saudara mara pun.. Masa lain macam tak best sangat dan masing-masing ada tugas masing-masing... Tahun ni tahun kedua saya beraya tanpa ibu dan ayah... Ermmm... Hanya DIA yang tahu...

Dah jadi ibu kepada anak-anak yang lasak ni, apalagi yang nak difikirkan... Keriangan mereka lebih penting rasanya.. Tapi untuk anak-anak ni lagi la saya suka beli last minute... Tak menentu size diorang ni... Tapi tu la.. Nak kena spend masa yang sesuai untuk dapat yang memuaskan.
Selalunya main sambar je sambil-sambil kuar lunch ngan kawan-kawan office tu..

Kepala ni mula juga fikir nak masak apa untuk open house? Ade ke? Hahaha.. Mungkin ada la sikit-sikit untuk saudara mara. Kuih muih... Biasa pun jarang order banyak-banyak... Bukan berkira atau kedekut. Tapi memang tak ada budget untuk berlebih-lebihan.... Ala kadar je orang kata.... Mungkin itu lebih afdhal kot... Insya Allah.... Tahun ni nak try buat kuih gunting.. Kuih siput dan popia gulung nestum tu dah jadi menu wajib kalau rajin....

Tapi part yang sukar untuk diabaikan ialah ANGPAU. Kira setahun sekali bersedekah untuk sanak saudara tak salahkan? Malah dituntut.. Moga-moga rezeki kita semakin murah untuk hari-hari akan datang... Tahun ni pun macam tahun lepas jugak kot.. Rate sama je... Minima RM1, Maksima RM20... RM400 tak lari....

Simple and easy kan? Yang wajib perlu di dahulukan..... Tak perlu nak beriya-iya sampai terlupa kewajipan kita kepada Allah...
SELAMAT BERIBADAH
Wallahua'lam....



Tiada ulasan:

Catat Ulasan