Salam 1 Malaysia dan salam Ramadhan buat muslimin dan muslimat
Semalam tengok drama apa ntah ada sebut.. "Kesilapan itu guru kita...."
Dalam hidup ni siapa yang tak pernah buat silapkan? Kadang-kadang kita tak sedar pun apa yang kita buat tu adalah kesilapan... Sehingga ada orang menegur, memerli, mengutuk.. Baru kita tersedar... Ooo rupa-rupanya kita ada buat silap...
Itulah kelemahan kita sebagai MANUSIA... Hanya ALLAH sahaja yang tak pernah buat silap...
Makanya sebagai INSAN biasa yang bersifat tidak sempurna, sentiasalah kita menjadikan teguran dan kritikan orang sebagai sesuatu yang positif untuk kita memperbaiki diri kita menjadi lebih baik dari sebelumnya... Kalau kita sentiasa rasa diri kita BETUL.. Maka kita akan anggap teguran orang itu suatu yang memanaskan hati.. Bila hati kita panas, kita rasa nak marah.. Kita rasa meluat.. Menyampah dan akhirnya kita terperangkap dengan kelemahan kita sendiri.... Sentiasa lah edit diri kita untuk menjadi INSAN yang sempurna di sisi ALLAH... Wallahua'lam.....
Tulisan ini sekadar memperingati diri sendiri yang sentiasa lupa dan tak sedar tentang kesilapan...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan