Khamis, 5 Julai 2012

SISTEM PENDIDIKAN SEKOLAH SEKARANG- dilema ibu bapa

Salam Nisfu Syaaban.... dan SALAM 1 Malaysia...

Masa breakfast tadi dok citer-citer ngan member.. Pasal anak sekolah.. Anak kitorang darjah satu... Anak sulong.. Kat office ni ramai jugak anak-anak sebaya. Masing-masing pengalaman pertama.

Kami agak sependapat. Dah 6 bulan anak masuk sekolah rendah... Tapi rasanya masa tadika dulu lagi nampak keberkesanan diorang belajar. Mungkin masa tadika, hantar Tadika BERBAYAR... Anak saya masa hujung tahun (umur 5 tahun) dah kenal huruf rumi dan jawi serta nombor. Dah boleh baca sikit... Saya tahu ada lagi anak-anak yang lebih cepat dari itu. Tapi saya agak berpuas hati dengan perkembangan anak saya.. Masa 6 tahun dia dah lancar membaca yang dua suku kata. Hujung tahunnya pulak dah boleh membaca dengan lancar. Alhamdulillah. Tapi kalau dibandingan dengan anak-anak yang belajar di SMART Reader, Kumon dan tadika-tadika yang lebih mahal.. Memang ketara perbezaan dari segi perkembangan mereka. Saya teringin sangat nak hantar anak ke Tadika seperti itu. Tapi saya tak mampu. Apa pun saya redho sajalah..

Pada saya sekarang terdapat sistem pengajaran yang begitu drastik. Smart Learning.. Kebanyakan diaplikasikan di TADIKA. Dengar-dengar program PERMATA ANAK NEGARA cetusan idea Datin Sri Rosmah Mansor pun pakai Sistem Smart Learning juga... Betul ke tak arr.. Agak je... Semua ni nak bagi anak-anak kita cepat berkembang. Kalau nak cerita pasal PERMATA ni saya tak ada pengalaman dan tak ada info. Tapi kalau SMART Reader tu ada la. Boleh dikatakan jauh berbeza dengan tadika biasa dan tadika KEMAS atau PERPADUAN. Apa yang saya nampak bezanya kerana harganya.
Ternyatalah nilai WANG ni memang tinggi... Adakalanya boleh beli Kehidupan walaupun bukan KEBAHAGIAN yang sejati.

Kalau nak anak-anak bijak dan cermerlang memang kena banyak berkorban dari segi kewangan... Kalau tidak kita akan ketinggalan di belakang... Bila difikirkan kembali, ianya tidak ADIL bagi golongan pertengahan dan golongan miskin. Golongan ini hanya berharap kepada PEMBERIAN ALLAH. Kalau sememangnya Allah mengurniakan kita anak yang PINTAR maka di mana jua dan dalam apa keadaan sekali pun mereka tetap PINTAR. Tapi tidak bagi anak-anak yang perlukan gilapan, dan penekanan yang lebih untuk jadi lebih cemerlang.

Hari ni nak tulis sikit rasa ketidakpuasan hati tentang PERSEKOLAHAN anak hari ni. Mintak maaf yer cikgu-cikgu kalau terasa... Atau boleh tinggal kan komen untuk menerangkan lebih mendalam tentang masalah cikgu-cikgu pulak... Boleh kita share... Bukan nak berdebat. Tapi kadang-kadang saya tak tahu dan tak faham masalah yang ada disebaliknya.

Untuk keluarga saya contohnya...
Puteri sulong... Bangun 6.30 pagi. Mandi, siap, sampai sekolah ngam-ngam pukul 7.30. Kadang-kadang lambat.. Sebab hubby saya kadang-kadang ada customer pagi-pagi ni.. Sesi pagi sekolah agama ada perhimpunan.. Tak kisah lah dari segi silibus, tapi dia akan ketinggalan la sesi membaca doa... Pukul 11 habis sesi sekolah agama, masuk kelas transit. Saya bayar ustazah untuk mengajar mengaji Al-Quran RM15 sebulan. Padahal tadi kat sekolah agama tu dah ada semua berkenaan agama. Feqah, Ibadah, Iqra', Fardhu Ain dan sebagainya. Secara logiknya tak perlu lagi kelas mengaji... Betul tak?.. Tapi saya tak nak berkira dalam hal agama ni. Sekadar yang mampu, saya cuba memberikan yang terbaik..

Lepas tu ustazah akan hantar ke sekolah kebangsaan. Mungkin sebab dia tak ada basic Mandarin, maka dia agak lambat untuk ikut pembelajaran di SJK(C). Sebab result hari tu untuk subjek BI, BM dan PI agak baik. Cuma subjek yang menggunakan bahasa Mandarin je yang nampak merosot. Sedikit sebanyak saya agak kecewa sebab cikgu complain anak saya suka tidur dalam kelas. Tapi saya nak buat apa lagi?... Tidur dalam pukul 10-10.30 malam. Bangun pun sengaja saya lewatkan sebab kesian.
Bukankah cikgu perlu memainkan peranan untuk menarik perhatian anak murid? Memang sesi petang agak mencabar. Kalau saya attend course pun jam 3 petang  memang mata tak larat angkat. Tapi kalau kena dengan facilitator yang bijak menarik perhatian kita, masalah mengantuk ni akan hilang dengan sendirinya.

Entah la.. Nak cakap macam mana.. Kalau saya skip sekolah agama, macam saya membelakangkan agama. Maka saya nekad nak teruskan sekolah agama. Sebab saya plan nak hantar aliran agama bila masuk menengah nanti...

Untuk darjah 1 ni saya tak nak hantar tuisyen lagi.. Sebab nak tengok dulu pencapaian dia macam mana. Test market la dulu konon... Tapi dah dapat jawapan dia memang perlukan extra Class untuk Mandarin.
Tapi keeadaan kewangan tak mengizinkan. Harap-harap tahun depan boleh la.. Insya Allah. Sekarang ni hanya bergantung kepada anak jiran sebelah rumah untuk bantu dia buat homework.

Lagi satu masalah, kalau hantar tuisyen macam terlalu padat jadual dia. Balik sekolah dah pukul 7 malam. Kalau tuisyen dalam pukul 8.30 sampai 10 malam. Nak hantar dan ambil lagi.. Pukul berapa nak makan, nak sembahyang... Nak tidur... Kesian budak... Saya pulak berkerja. Bila masa nak sediakan makanan.. Nak uruskan adik-adiknya, kemas dapur.. Basuh baju.. Nak monitor homework lagi... Nak solat maghrib... Ada kelas tuisyen yang agak menarik minat saya. Kelas 1 to 1. Memang cikgu akan concenrtrate kepada anak kita saja. Tapi harganya RM25 sejam. Memang ada yang menunjukkan kesan, jiran saya mengakui anaknya ada peningkatan dalam pelajaran... DUIT jugak kan???

Memang bunyi macam banyak alasan.. Tapi itu la hakikatnya. Kita hanya ada 24jam sehari. 7 hari seminggu.. Kadang-kadang rasa PENAT hantar pergi sekolah bila guru-guru menyalahkan ibu bapa yang tidak monitor anak buat homework dan latihan untuk meningkatkan prestasi mereka.

Bila saya tengok buku-buku dalam beg puteri sulong saya... Banyak kerja menyalin. Terutamanya di sekolah agama dan subjek bahasa. Padahal buku teks ada, buku aktiviti ada.. Masih menyalin.. Apa tujuannya? Mungkin untuk melatih anak-anak menulis... Tapi kalau asyik ketinggalan je menyalin dari papan hitam, berkesankah cara tu? Asyik menyalin tapi pemahaman diabaikan..... Tau tau pandai menulis tapi tak faham apa yang ditulis....

Cara saya pulak lebih suka membeli buku contoh soalan untuk anak buat pada masa terluang. Tapi kadang-kadang terjumpa jugak soalan-soalan yang terlalu tinggi tahapnya. Sehingga saya pun tak dapat nak menjawab apatah lagi nak menerangkan kepada anak supaya dia faham.
Sepatutnya standard pelajaran darjah 1 orang kata celah gigi je.. Insya Allah boleh tolong.. Tapi tidak untuk hari ini... Parent pulak kena attend kelas untuk monitor anak buat homework. DUIT lagi....

Sekian untuk hari ini... Sambung lagi bila ada idea nak diluahkan...


Tiada ulasan:

Catat Ulasan