Salam 1 Malaysia
Cerita ni kesinambungan dari cerita anak ketiga saya dalam post SEDIAKAN PAYUNG SEBELUM HUJAN tu..
Selepas dua kali dimasukkan ke wad (Hospital Kajang), anak saya masih tak sembuh dari batuk, selsema dan demam. Terpaksa amik cuti panjang melayan anak yang tak sihat ni... Masa tu keadaan kewangan agak REDUP. Nak beli LUMIGLOW tak mampu. Terpaksa la ikhtiar cara lain.
Kebetulan pulak ada kawan office recommend suruh try pergi ke KLINIK WANGSA di WANGSA MAJU jumpa DR NADIR KHAN. Dari cerita kawan-kawan tu agak menarik juga dan saya cuba la untuk anak tersayang.
Masa tu hari Ahad. Saya cuba call klinik tanya Dr mana yang bertugas hari tu? Pembantu klinik tu jawab "Dr Nadir, tapi sampai pukul 1 tengah hari je. Lepas tu dia cuti panjang."
Kebetulan masa tu dekat dengan cuti CNY. Mau tak mau saya terpaksa juga ajak suami pergi hari tu jugak. Kalau tak, tak sempat la nak jumpa Dr tu.
Saya sampai di klinik tu dah dekat pukul 1. Ada lagi patient sedang menunggu. Tapi saya tunggu tak lama, dalam 5 minit nama anak saya dipanggil. Dr Nadir sendiri yang panggil, lagaknya macam rushing... Maklumlah nak bercuti panjang. Sempat lagi dia bagitau nak ikut konvoi motor besar pergi Vietnam... Wahhhh...Very frendly la Dr ni...
Dia tanya apa masalah anak saya? Saya pun bagi tau lah, baru keluar wad semalam. Tapi masih ada batuk, macam semput... Demam pun ada sikit. Dr Nadir pun check la anak saya tu macam biasa, sambil membebel... "saya ni kalau budak bawah 6 tahun, saya tak bagi ubat batuk dan ubat-ubat yang boleh bagi kesan mengantuk. Saya sorang je Dr yang berpendapat macam ni.. Dr lain semua tak setuju...."
Saya hanya mampu mengangguk je..
"Ubat batuk ni hanya boleh melegakan batuk. Tapi kuman dalam badan tu tak keluar, sebab tu batuk dan demam tu datang balik..." dalam hati aku... "Logik jugak...."
"Kalau saya, memang saya PANTANG ubat batuk dan ubat selsema. Yang lain saya tak pantang.. Kamu nak makan ais krim ke, buah ke... Saya tak larang... Tapi jangan makan ubat yang mengantuk..." sambung dia dengan nada yang agak keras.
"jom ikut saya...." dia bangun menuju ke bilik untuk bagi Nebulizer.. Saya ni masih belum biasa kat klinik tu.. Bangun pun terkial-kial. Dr tu siap tolong angkat handbag saya sekali... Memang cekap sungguh Dr ni... Ke dok ingat nak pergi konvoi???
Dia tunjuk macam mana nak bagi neb, sambil bagi keterangan. Begitu.. begini.... Satu ayat yang paling saya tak boleh lupa... "Jangan sayang cincin tu... pengang macam ni...."
Hampeh tui Dr ni... Cincin aku pulak jadi sasaran dia...
Sambil saya tunggu kat bilik tu dia pergi layan patient lain pulak... Betul-betul cekap Dr ni....
Bila dah cukup masa bagi neb tu, dia panggil saya ke bilik dia semula. Dia ajar pulak cara nak buat phisio kat anak. Tepuk tang sana, tepuk tang sini... Hehe.. Tak tau nak ajar kat sini.. Kalau nak belajar boleh tengok google atau pergi la jumpa Dr Nadir sendiri yer..
Lepas dah selesai, dia bagitau.. "saya bagi ubat ni untuk cair kahak. Kalau dia batuk, biarkan sampai dia muntah... Tepuk badan dia macam saya ajar tadi.. Wap kan muka dia dengan air panas.. Taruk air dalam rice cooker, panaskan... Pangku anak macam ni (sambil tunjuk demo), supaya kahak tu cepat cair... Bla.... bla............"
"Biarkan dia muntah, sebab kalau muntah akan keluar semua kuman dalam badan dia.. Bila kuman tak ada, baik lah nanti..."
Oooo macam tu rupanya.......... Balik rumah saya ikut je cakap Dr tu.. Memang berkesan. Anak saya sembuh seperti sedia kala. Dan sampai hari ni, tak kena lagi pakai neb macam dulu....
Teknik menepuk tu pun saya buat kalau anak-anak yang lain diserang batuk berkahak.
Kalau ada sape-sape nak cuba boleh la call no ni untuk appoinment...
03-4142 1614
DR NADIR KHAN
KLINIK WANGSA
No 46 Jln 2A/27A
Section 1
Bdr Wangsa Maju
53300 Kuala Lumpur
tq for the sharing. Mmg sgt2m membantu saya. Husband saya kata Dr Nadir mcm Dr House :) against everybody but effective!
BalasPadamWe are Owner and Operator a General Practice (GP) Clinic in Bandar Sungai Long, Bangi and Putrajaya (Presint Diplomatik - Klinik Pakar KASIH).
BalasPadamWe are looking for a dedicated Medical Officer Requirements at Bandar Sungai Long Clinic:-
Lady doctor
MBBS or equivalent from a recognized institution approved by Ministry of Health Malaysia
Possess valid Annual Practicing Certificate
Registered with Malaysia Medical Council
Minimum 2 years working experience in Obstetric & Gynecology
Attended an Obstetric Life Saving Skill
Attended A Neonatal Resuscitation Program
Working hours negotiable with minimum on-call
Very attractive salary RM7,000 (starting)
Kindly please send to recommend CV to: aznial@gmail.com
Clinic information:-
PUSAT RAWATAN SUNGAI LONG
NO. 12 JALAN SL 1/13
BANDAR SUNGAI LONG
43000 KAJANG
SELANGOR
TEL / FAX: 03-90114833
Regards
Ir. Aznial Rahmat
Director
KASIH Group
012 312 9264
aznial@gmail.com
PERMANENT DOCTOR NEEDED - URGENT !!!
BalasPadamWe are Owner and Operator a General Practice (GP) Clinic in Bandar Sungai Long, Bangi and Putrajaya (Presint Diplomatik - Klinik Pakar KASIH).
We are looking for a dedicated Medical Officer Requirements at Bandar Sungai Long Clinic:-
Lady doctor
MBBS or equivalent from a recognized institution approved by Ministry of Health Malaysia
Possess valid Annual Practicing Certificate
Registered with Malaysia Medical Council
Minimum 2 years working experience in Obstetric & Gynecology
Attended an Obstetric Life Saving Skill
Attended A Neonatal Resuscitation Program
Working hours negotiable with minimum on-call
Very attractive salary
Kindly please send to recommend CV to: aznial@gmail.com
Clinic information:-
PUSAT RAWATAN SUNGAI LONG
NO. 12 JALAN SL 1/13
BANDAR SUNGAI LONG
43000 KAJANG
SELANGOR