Salam 1 MALAYSIA..
Siapa yang masih tak confident lagi dengan kepentingan insuran?
Jom baca pendapat UMMIEXCLENT untuk post kali ini.
Kes yang entah ke berapa kali... (anak-anak saya nakal-nakal, banyak sangat kes keluar masuk wad, ini je yang ingat)
Jun 2010 (tengah mengandung anak ketiga 8 bulan)
Anak kedua RIFQI AMZAR terjatuh dalam rumah semasa main kejar-kejar dengan kakaknya RIFQAH AWLIYA. Waktu maghrib pulak tu, dalam pukul 7 malam hari Ahad. Dahi luka terkena bucu dinding. Kebetulan suami saya tak ada di rumah, balik kampung.
|
Masa kat klinik Zalfah Seksyen 4 Tambahan BB Bangi |
Lepas sapu minyak gamat, saya bawa 2 beradik tu nak pergi kedai beli plaster jer hajat tu. Tapi terserempak dengan jiran-jiran yang menegur dahi anak saya tu "kena apa tu?"
Saya jawab "jatuh..."
Ada pulak jiran yang very concern dengan semangat kejiranan ni cakap "kena jahit ni...."
Saya pulak, "alamak, kena jahit ke? Baba dia tak ada kat rumah ni, balik kampung..." jawab saya yang buta stereng ni..
Kak Ana terus arahkan anak sulungnya bawa saya dan anak-anak ke klinik. Dalam hati saya "untung juga ada orang macam ni..."
Tapi rasa kurang selesa pulak menyusahkan orang. Hari Ahad malam... Klinik tak banyak yang buka. Dalam kepala saya cuma terfikir klinik 24 jam Zalfah kat seksyen 4 Tambahan BB Bangi. Sampai situ pun ramai orang menegur, maklumlah dahi hero saya ni dah rabak macam tu... Tapi dia masih tersenyum simpul lagi.. Doktor cakap tak payah jahit, cuma gam je. Tapi dia pulak tak ada stok gam.. Aduhhhhh... Masalah.. Dengan baik hatinya doktor tu suruh saya cari klinik lain yang ada stok gam. Buntu kepala otak nak pegi klinik mana ni????
Saya cuba suruh anak jiran tu bawak ke klinik Lita Alis pulak. Sebelum register saya tanya dulu "ada stok gam ke tidak?"
Pembantu klinik tu cakap "tak ada."
Arghhh ke mana pulak saya nak bawa hero ni?? Buntuuuu!!!!
"Pergi KPJ je la.. Senang pakai je INSURAN..."
Sampai kat emergency kami disambut macam kemalangan serius... Padahal luka sikit je... Tersentuh hati mak nak....
Masuk je dalam bilik rawatan, doktor datang bersihkan dahi RIFQI AMZAR dan cakap "kena admit ni... Kena jahit.... You ada insuran?"
"Ada, PRUDENTIAL" jawab saya tanpa banyak soal.
Dalam tempoh urusan admission saya suruh anak jiran balik. Sememangnya kami tiga beranak kena bermalam di hospital la malam tu dengan sehelai sepinggang.... Nasib baik swasta kalau tak ke mana nak campak anak sulung saya tu... Sekatil 3 beranak la malam tu...
|
Sebelum balik rumah |
Lebih kurang pukul 11.00 malam saya dan anak dibawa ke OT (operation theatre). Pengalaman masuk OT, wah macam kritikal benor anak saya ni.... Dalam 15 minit saya dipanggil masuk kembali. Doktor cakap dah ok esok boleh discharge.
Keesokan harinya kami pun pulang ke rumah dengan hati yang agak girang la.. Anak-anak girang sebab semalam dapat tido hotel KPJ.. Ummi girang sebab nanti ummi dapat claim daily allowance lagi. RM200 satu malam + surgery allowance (insuran akan kira ikut kecederaan). Jumlah sebenar tak dapat ditulis sebab tak simpan resit... Rasanya RM300 lebih saya dapat sebulan selepas tu.
Kos yang KPJ caj untuk operation dan rawatan tu RM3,894.35. Saya cuma bayar 10% jer. Itupun dapat claim balik dengan company. Alhamdulillah....
*************************************************
November 2011
RIZQAH AWFIYAH, anak ketiga.. Bongsu la buat masa ni.. Hehe
Suatu hari Bonda (pengasuh) call saya, dia bagitau Rizqah jalan senget.. Macam kena BENGUK (bengkak cantek) kat leher sebelah kanan.
|
Taruk nila dan cuka sebab ingatkan BENGUK |
Patut la anak ummi ni demam dua tiga hari ni.. Ada sebab rupanya...
Lepas taruk nila dan cuka (ikut petua orang lama) dua tiga hari, masih juga tak surut. Maka saya bawa la ke klinik untuk pemeriksaan. Doktor cakap ini bukan BENGUK, kalau BENGUK atas lagi... Betul-betul bawah telinga. Doktor bagi antibiotik, ubat demam dan ubat surut bengkak. Dua hari kalau tak surut nanti dia bagi surat rujukan ke hospital. Seperti yang dijangkakan, bengkak tak juga surut. Maka RIZQAH AWFIYAH dirujuk ke hospital. Seperti biasa KPJ jadi pilihan.
Mula-mula jumpa Dr Mahani (pakar kanak-kanak). Admitted sebab nak bagi antibiotik dan scan. 3 hari tak jugak surut malah nampak semakin menonjol bengkak tu macam ada guli.
|
2-3 hari selepas diberi antibiotik kat KPJ |
Dr Mahani refer kepada Dr Ramani (ENT) pulak. Sama juga, Doktor tukar antibiotik pulak. Nampak semakin kemerahan dan scan pulak kali kedua. Sampai hari ke 7 Doktor buat keputusan untuk operate sebab dalam scan nampak macam ada nanah. Bisul tak bermata. Hari ke 8 operation dijalankan.
Hari ke 9 boleh discharge.
|
Selepas minor operation 15 Nov 2011 |
|
Hasil pembedahan |
Kos kali ni, RM10,383.40. Nasib saya baik kali ni sebab company cover medical sampai RM25,000 setahun untuk anak-anak dan suami. Jadi saya tak perlu bayar 10% macam kes sebelum ni (RIFQI AMZAR cedera). Saya cuma boleh claim daily hospital + PRUmed hospital benefit (8days x RM200=1,600) + surgery allowance (RM125)
Semuanya berjumlah RM1,725. Claim released sebulan selepas borang claim dihantar.
**************************************************************
Jun 2012
Lepas balik dari berkumpul dengan adik beradik kat Ipoh anak saya RIZQAH AWFIYAH dijangkiti Hand Food and Mouth Desease (HFMD). Doktor tanya boleh jaga sendiri atau nak admitted jer?
Pasti la saya pilih admitted sebab :
pertama saya tak mahu keluarkan duit poket sendiri untuk kos rawatan,
kedua sebab boleh claim daily allowance,
ketiga anak-anak yang lain tak terdedah dengan adik mereka (mengelak untuk berjangkit),
keempat dapat apply compationate leave 2 hari (jimat cuti tahunan saya),
kelima dapat berehat kat hospital yang selesa tu,
keenam dapat makan sedap-sedap, dan
ketujuh anak makan ubat nurse yang monitor.
|
Simptom 1 (Tangan) |
|
Simptom 2 (Tapak kaki)
|
|
Simptom 3 (Mulut dan muka) |
3 hari 2 malam pakej kali ni. Kos kali ini RM2,068.55 tapi saya pakai insuran yang provided by company. Saya cuma perlu bayar registration fee je RM19. Kalau saya pakai PRUDENTIAL saya hanya perlu bayar 10% jer (RM206.86).
Sekarang tengah tunggu claim la.. Baru request medical report, ambil masa dalam 2 minggu, kemudian submit form ke Prudential dan tunggu lebih kurang sebulan untuk dapat cheque. Amount dalam RM300 lebih kot [((RM150+RM50) x 2malam= RM400) - RM50(medical report fee) = RM350]. Hureeyyy ada la sikit duit raya...... Ada ke ibu macam ni? Anak sakit ibu gembira? Hahaha
Tapi kalau anak sakit tak dapat apa-apa, apa pulak perasaan ibu mereka yer???...
Sakit demam, kemalangan, kematian semua itu qada' dan qadar. Sesiapa pun tak dapat lari dari semua ini cuma masa dan cara yang membezakannya....
Saya ambil PRUlink education plan untuk anak-anak saya. Saya spend RM100 (caruman paling minima) seorang untuk bekalan mereka. Nampak kecil jumlahnya bagi yang mampu dan nampak banyak bagi yang berpendapatan sederhana rendah macam saya. Tapi saya cuba untuk berjimat demi anak-anak. Saya cuba abaikan kehendak nafsu yang lain demi anak-anak.
(RM100 x 12bulan = RM1,200) x 24 tahun = RM28,800 (Jumlah yang saya bayar keseluruhannya untuk seorang)
PRUlink education plan memberi jaminan kepada saya, bahawa saya akan mendapat :
Medical Cost sehingga RM500,000
PRUmajor med 4 RM150 (harga bilik hospital swasta untuk 1 malam) [KPJ Kajang two bedded]
PRUmed 1 hari RM50 + Hospital Benefit RM150 (1 hari) [ daily allowance]
Surgery Allowance (ikut keseriusan) min RM125
dan banyak lagi manfaat tertakluk kepada apa yang kita perlukan.
-------------------------------------------------------------------------------------------------
Crisis Shield RM20,000
Accidental Death & Disablement RM20,000
Lain-lain sila rujuk dengan agen anda.... Ada banyak lagi........
Ini pulak, kalau berlakunya kemalangan
(tapi ada ke orang mintak?)
-------------------------------------------------------------------------------------------------
Jom kira pulak berapa yang saya dah pakai untuk seorang anak sampai hari ni.
Untuk RIZQAH AWFIYAH umur 2 tahun. Saya mula register untuk PRUlink Education Plan ni pada usia dia 5 bulan. Pada mulanya memang saya tak nak ambil sebab saya fikir company dah cover medical RM25,000 untuk seorang anak setahun, dan saya pun rasa tak mampu nak bayar monthly commitment. Tapi pada usia dia 4 bulan, RIZQAH AWFIYAH diserang demam panas (pnemonia). Terpaksa masuk hospital kerajaan sebab masa tu company belum cover kerana borang registration hilang dalam simpanan management. Di wad kerajaan yang sesak tu banyak pengalaman dan pengajaran yang saya dapat. Apa pun saya tidak mahu menyalahkan perkhidmatan yang diberi oleh hospital kerajaan kurang memuaskan, kerana mereka terpaksa melayan terlalu ramai pesakit.
Anak saya belum sembuh sepenuhnya, tapi sudah dibenarkan keluar. Rawatan yang diberikan juga ala kadar jer. Balik rumah 3 hari, terpaksa masuk wad semula sebab demam dan batuk menyerang kembali. Saya yang menjaganya pula, amatlah boring sebab tinggal di wad yang penuh sesak dengan pelbagai kerenah manusia. TV pun tak boleh tengok. Makanan pulak, alahai....
Tapi ada juga sudut positifnya. Dalam ramai-ramai orang tu dapat juga kawan baru. Paling menyayat hati, selang 2 katil, adik Akil baru berusia 2 tahun, dah kena BATU KARANG. Menurut ibunya, lagi 2 minggu baru nak operate. Tak boleh buat cepat sebab Doktor pakar hanya ada seorang je di HKL. Bertambah lagi dengan nak cuti CNY pulak.
Sepanjang di wad, adik Akil cuma dapat melelapkan mata dalam beberapa minit jer selepas diberi ubat tahan sakit. Selebihnya hanya mampu mengerang kesakitan. Tersentuh hati saya mendengar dia merintih... "ibu, akit... akit bu...." Pernah saya ternampak adik Akil mengesat air mata ibunya yang mengalir di pipi... Aduhhhhh... Sayu hati....
Bila terkenangkan nasib anak kecil macam tu, saya memaksa diri untuk ambil juga insuran untuk anak-anak saya walaupun keberatan. Saya tak mahu tambah kesesakan di hospital kerajaan...
Dec 2010 - Jun 2012 RIZQAH AWFIYAH
Jumlah yang saya bayar kepada PRUDENTIAL :
19 bulan x RM100= RM1,900
Jumlah yang PRUDENTIAL bayar kepada saya :
RM1,725 + RM400 = RM2,125 [daily and surgery allowance sahaja]
kalau saya guna PRUDENTIAL sepenuhnya
RM10,383.40 - RM1,000 = RM9,383.40 (kos rawatan)
RM2,068.55 - RM206.86 = RM1,861.69 (kos rawatan)
TOTAL : RM13,370.09
*(10% daripada kos rawatan atau max RM1,000 co-insurance perlu dibayar oleh customer)
**Jadi... Pertimbangkanlah masa depan anak anda...**
Saya percayakan agen saya sekarang. Sehingga hari ini saya tiada masalah dalam urusan tuntutan insuran. Seperti dijanjikan proses tuntutan adalah dalam jangkamasa sebulan sahaja tanpa masalah dokumentasi yang tidak lengkap. Sebenarnya urusan tuntutan yang tertangguh adalah datang dari kita sendiri, yang selalu membuat kesilapan kerana tidak menyediakan dokumen yang lengkap seperti yang disyaratkan.
Saya banyak melihat ramai orang mementingkan pakaian - baju, handbag, kasut, jam tangan, wallet, tudung yang BRANDED, kereta MEWAH, makan angin... Tapi masa depan anak-anak diabaikan. Mungkin ada yang mendapat keistimewaan kerana berkerja disektor awam. Mereka mendapat perkhidmatan percuma untuk diri sendiri dan anak-anak dari hospital kerajaan. Atau mereka katakan, "tak pe.. anak saya jarang sakit..." ermmmm... kalau saya tahu bila, bagaimana, di mana, penyakit apa yang bakal anak saya kena pun saya tak nak SPEND sejumlah itu untuk mereka. Masalahnya apa yang tertulis untuk kita, hari ini dan esok dan akan datang... Sesiapa pun TAK TAHU. Betul tak?
Itupun saya rasa belum mencukupi kalau ditakdirkan anak saya mengidap penyakit kritikal seperti kanser. Nau'zubillah.... Kos untuk pembedahan di hospital kerajaan bagi kes kanser tulang melebihi RM30,000. Itu baru kos pembedahan, belum termasuk kos rawatan susulan, kimoterapi dan sebagainya...
Sekurang-kurangnya dengan adanya caruman insuran saya sudah ada sedikit bekalan walaupun sedikit. Insya Allah...
**FIKIR-FIKIRKAN**
|
Playroom @ KPJ Kajang (Wad kanak-kanak) |
|
2 bedded room |