Selasa, 7 Ogos 2012

SK vs SJK(C) - Part 2

Salam Ramadhan dan SALAM 1 MALAYSIA

Errmmm.. Bosan ni sebenarnya... Nak tulis apa pun tak tau...
Tapi nak share la sikit pasal anak sulong ni... Dari 1 Ramadhan hari tu RIFQAH ni belum lagi tinggal puasa... Mengikut pengakuan dia la... Ummi tak confirm la 100%.. Budak-budak tahu je la... Kot-kot ada masa mandi minum air sekali ummi tak pasti la kan.. Tapi saya selalu remind dia.. "ummi tak nampak, tapi ALLAH nampak..."

Yang peliknya, masa sahur.. Hari pertama, makan nasi tapi ada la kot dua tiga suap... Pastu saya paksa dia makan kurma, scott emulsion dan minum milo setengah botol je pun... Kurma sebiji dan scott emulsion 15ml. Hari ketiga dah siap-siap cakap sebelum bangun, "Pekah nak makan kurma, scott emulsion ngan milo je..." Errmmm ikut je la, lapar kang ummi tak tahu...  Berbuka pulak makan sikit jer, kalau makan nasi pun separuh dari hari biasa.. Lepas berbuka, ajak dia solat maghrib, mengaji dan isya'. Lepas tu dia mintak milo, dan terus tido sampai sahur..

Hari ketiga puasa, dah sekolah. Ummi la rasanya orang yang paling risau... Kalau bulan tak puasa anak ummi dicop "suka tido dalam kelas" apatah lagi kalau bulan puasa kan? Nak demam jugak la dibuatnya.. Tapi ummi tetap berdoa anak ummi kuat semangat...

Masa jemput dia balik sekolah petang tu, soalan pertama ummi "puasa tak?" dan soalan kedua "tido tak dalam kelas?"

Jawapan anak ummi sungguh membanggakan... Jawapan pertama "puasa" dan jawapan kedua "tak..."
Alhamdulillah.. Ummi siap salam, ucap tahniah dan cium lagi... hehe nak bodek anak tu sebenarnya... psychology...

Ada lagi soalan nak test anak ni... "masa rehat tadi makan ape?"
Jawapan RIFQAH "mana ada makan, Pekah kan puasa.........."
Ooo ok.. Bagus bagus bagus....

Begitulah setiap hari sampai hari ke 17 ni...

Sebenarnya nak bagitau kat semua orang... "kurma dan scott emulsion tu kot yang bagus..." Sebelum ni bagi vitamin lain... Ada la, takyah mension la brand apa yer... Banyak jenis juga... Yang pasti saya nampak perbezaannya begitu ketara sekali... Scott emulsion tu yang botol besar tu tak sampai RM12 pun.. Saya bagi dia 2 kali, malam sebelum tido dan sahur... Tahan la seminggu lebih kalau adik-adik tak tumpang. Masa balik sekolah pun dia nampak ceria je... Bersungut sikit-sikit, tanya lambat lagi ke nak berbuka tu biasa la.. Sampai rumah, tukar baju terus hilang.. Pegi main sampai pukul 7 lebih baru balik.....

Ummi tengok dah ada juga peningkatan dalam pelajaran.. Ada juga bawa balik ayat-ayat baru... Sebutan pun dah sedap-sedap dah ummi dengar... Siap ajar ummi lagi nak sebut macam mana.. Pelan-pelan la nak....

Ummi bangga dengan anak ummi ni sebab kuat semangat.. Bukan apa, masa ummi nak buat keputusan, nak hantar anak ke sekolah Cina dulu ummi disogok dengan kata-kata pemusnah semangat seperti "hantar anak sekolah Cina nanti solat kemana, puasa pun kemana...." Ummi hantar sekolah Cina bukan ummi bangga dengan bangsa asing, tapi ummi nak anak-anak ummi buka minda belajar tentang bangsa asing dan kelebihan mereka.. Ummi bukan hantar belajar AGAMA BUDHA, KRISTIAN atau agama lain, tapi ummi hantar belajar Bahasa Cina (Mandarin). Disamping berpegang teguh dengan agama ISLAM... Pada ummi bangsa dan agama lain lebih banyak mempraktikkan apa yang disarankan dalam AL-quran berbanding orang MELAYU sendiri.. Cuma kepercayaan dan keimanan mereka kepada ALLAH yang Esa sahaja yang membezakan AGAMA yang dianuti. Contohnya dari segi pemakanan.. Orang Cina pun tak makan organ dalaman, sedangkan orang MELAYU berapa peratus je yang pantang organ dalaman tu...

Ummi jugak perhatikan berapa ramai anak-anak yang sebaya RIFQAH malah lebih besar, bersekolah kebangsaan dan agama, masih tidak berpuasa. Di pejabat ummi pun orang Cina respect orang Muslim yang berpuasa, mereka minta kebenaran dan say sorry untuk makan kalau tiada pilihan untuk makan di tempat lain. Sedangkan ada kes di awal bulan puasa, wanita Muslim makan di cafe beramai-ramai tanpa segan silu... Kita tidak boleh menilai dari segi nama, apa yang penting pendidikan Agama dan moral yang tegas perlu diterapkan dalam diri anak-anak.

Memang ini baru permulaan, tapi selalunya permulaan yang baik melambangkan pengakhiran yang baik juga, betul tak? Harap-harap la.... Ummi hanya mampu berdoa untuk anak-anak ummi... Pedulikan apa orang nak kata, yang penting kita tahu apa yang kita buat selagi tidak melanggar batas agama.
Sebenarnya banyak kelebihan yang kita tidak sedar.. Kita cuma nampak yang buruk je... Sebab kita masih berfikiran kuno... Kalau tak, takkan ada hadis meriwayatkan "Tuntut lah ilmu sampai ke negeri China..."

Semoga anak-anak ummi jadi anak yang soleh dan solehah.. Aamiin.....


Rabu, 1 Ogos 2012

KERABU PEGAGA DENGAN KERANG UMMIEXCLENT

SALAM RAMADHAN DAN SALAM 1 MALAYSIA

Semalam nekad nak try buat kerabu pegaga... Tak penah buat seumur hidup.. Makan pun tak penah kot, tapi teringin sebab saya mamang suka ulam-ulam dan kerabu-kerabu ni...

Tekak ni rindu masakan utara (menu arwah mak).. Nak buat dan ngidam punya pasal try la google... Tapi kebanyakkannya saya tengok tak ada letak serai... Ciplak la skit dan tambah serai sebab rasanya macam, kalau ada serai lagi sedap... Kerabu taugeh, kerabu pucuk paku, rasanya arwah mak buat dulu ada rasa serai... Padan la bila makan kat kedai macam, rasa ada yang tak kena.. Sebab tu nekad nak buat sendiri....


Resepinya...

BAHAN A
  1. Udang kering dalam satu sudu besar
  2. Ikan bilis secekak
  3. Nyok kukuq (kelapa parut) secawan
  4. Serai satu batang (nak bubuh dengan daun-daunya pun boleh kalau suka... :)
  5. Cili padi - kalau suka pedas boh la sekilo....
  6. Bawang merah 2 labu
  7. 1 sudu kerisik (masa letak kerisik ni la ayaq liuq macam nak menitik.... Sebab bau dia dah keluar)

Bahan A ni ditumbuk dan digoreng tanpa minyak... Supaya lambat basi... Ada jugak orang tak goreng dulu...

BAHAN B
  1. Daun pegaga 1 ikat bersihkan dan diracik sederhana.. Senang nak makan...
  2. Kerang direbus dan jangan lupa kopek dulu............
  3. Bawang besar diracik ikut suka la nak banyak mana...suku labu pun dah cun 
     
  4. Limau nipis dalam setengah biji... Diperah untuk dapatkan jusnya..
  5. Pak Aji (serbuk perasa - kalau nak cepat mati boh la sepeket.. Tak suka pun tak apa..)
  6. Gula satu sudu
  7. Garam secukup rasa
Campurkan bahan A dan B dan gaul dengan tangan kanan atau sudu pun boleh......
Jangan lupa selawat 3 kali supaya makanan yang dimakan lebih SEDAP rasanya....  

Bahan 1B boleh digantikan dengan taugeh, pucuk paku, daun selom, pucuk mengkudu, pucuk kaduk, jantung pisang rebus dan ulam-ulam yang seangkatan dengannya.

Bahan 2B pula boleh digantikan dengan perut, daging, sotong... atau tak dak pun tak apa sebab dah ada udang kering dan ikan billis.

SELAMAT MENCUBA!

Kalau dah try jangan lupa bagi komen kat sini yer..........
Nak survey sebab rasa macam nak buka restoren lepas ni... HEHE